Pelakon sensasi Ruhainies mengakui terkejut apabila namanya dipetik sebagai penyodol apabila didakwa cuba memikat kekasih aktres Thailand, Bow Maylada iaitu Alek Teeradetch. Memetik Oh Bulan, Ruhainies tidak menafikan mengenali kedua-dua pelakon Thailand terbabit kerana pernah bersama-sama ketika di Kazakhstan atas urusan kerja. “Berita itu timbul selepas sebuah portal terima satu e-mel layang daripada ‘anonymous’ dan saya tidak rasa e-mel itu dikirim sendiri oleh pelakon wanita dan lelaki Thailand itu. “Mustahil juga mereka tahu e-mel portal tempatan kan. Mereka pula artis terkenal, tiada masa nak buat begitu,” katanya. Ruhainies mendedahkan sudah banyak kali e-mel layang sedemikian yang didakwa sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan namanya sejak Mac lalu. “Pihak itu juga sengaja buat cerita tidak benar dan e-mel kepada brand-brand yang saya kerjasama supaya nama saya jadi buruk. Mahu takut-takutkan brand,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies berkata perkara itu masih dalam siasatan dan aktres itu berkata dia percaya setiap rezeki sudah diaturkan Allah meskipun ada pihak cuba berniat tidak baik. SUMBER: OhBulan, Rotikaya |
Sunkiss8999 replied at 14-8-2024 01:30 AM
Tah2 dia yang anonymous tu..cubaan nak naikkan nama balik..da kalau kat ig pun sendiri buat ask me s ...
dua_chzy replied at 13-8-2024 11:16 PM
Pemes la muka ular ni sampai ke Siam sana.
Btw dalam gambar tu, muka sheol kadang tengok macam ular ...
brunesss replied at 14-8-2024 02:24 AM
aku pun nampak benda yang sama, mungkin si ruhai ni ada pasang benda sebab tu pakai mekap mcmana p ...
gideoncross replied at 14-8-2024 02:35 PM
@AWEKSAMURAI @tidak_kelihatan @amarakasih Hahahahaha, bnyk haters Ruhainies kat sini
ADVERTISEMENT