CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlu Surat Majikan Dan Slip Gaji, Bank Bakal Ketatkan Syarat Buka Akaun Baharu?

13-8-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32281| Komen: 23



Memetik Free Malaysia Today, individu yang ingin membuka akaun bank baharu perlu menyediakan dokumen seperti sumber pendapatan dan surat daripada majikan bagi tujuan pengesahan.

Ini berikutan penggunaan akaun keldai secara berleluasa oleh ‘scammer’ yang telah menipu ramai orang sebelum ini.

Jika dahulu, pengguna yang ingin membuka akaun bank hanya perlu menyediakan kad pengenalan dan juga mendeposit sejumlah wang untuk mengaktifkan akaun tersebut.

Memetik sumber, bank juga akan memberi perhatian khusus kepada pelajar, suri rumah dan warga emas yang berhajat demikian kerana golongan ini merupakan tumpuan ‘scammer’.

"Ada yang tidak bersalah kerana tidak menyedari data peribadi mereka digunakan untuk membuka akaun bank, yang kemudiannnya dikendalikan oleh si penipuan."

"Ada juga yang telah dibayar untuk membuka akaun tetapi tidak sedar mereka telah digunakan untuk menipu orang."


Seperti contoh, pelajar yang ingin membuka akaun perlu menunjukkan bukti penerimaan ke kolej dan juga kad pelajar.



Dilaporkan ramai pelajar telah disenarai hitam oleh Bank negar setelah mereka didapati membuat akaun keldai yang dikendalikan ‘scammer’.

Berikutan itu, segelintir pelajar menghadapi masalah untuk membuat pinjaman pengajian daripada PTPTN dan juga institusi kewangan yang lain.


SUMBER: Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 13-8-2024 11:08 PM
Makin la banyak unbanked population
Quote kemaruk 13-8-2024 11:12 PM
Zaman sekarang dah tak perlu akaun bank dah kecuali masuk gaji je..

Dah ada e wallet semua tu dah boleh buat macam2 bayaran

Bangkem pon maybe akan jadi antara majikan pertama yang masukkan gaji pekerja ke dalam tng wallet instead of masuk bank

Perangilah riba
Quote green~tea 13-8-2024 11:48 PM
Dah lama pun kan perlu surat majikan utk buka acc baru kat bank.. employment verification letter jah punn  
Quote Mary_jane 14-8-2024 12:02 AM
Dah memang gitew kan rules nya selama ini.

Macam burita 10 tahun lepas.
Quote clarizsa 14-8-2024 12:56 AM
kemaruk replied at 13-8-2024 11:12 PM
Zaman sekarang dah tak perlu akaun bank dah kecuali masuk gaji je..

Dah ada e wallet semua tu dah  ...

i sokomg bangkem
ewallet wayyy easier
Quote Tinot7 14-8-2024 01:19 AM
Bkn ka sejak azali lagi mmg perlu surat2 tu sumer?
Quote SalenaGomez 14-8-2024 07:33 AM
green~tea replied at 13-8-2024 11:48 PM
Dah lama pun kan perlu surat majikan utk buka acc baru kat bank.. employment verification letter jah ...

Kannnnn…requirement ni dah lama. Nak buka acct kena ada surat sokongan. Contoh surat majikan, surat dr sekolah atau  masuk U.

Jiran taman SG ada je kena rejek nak buka acct sbb depa housewife. Nak buka kena attach surat sokongan lain pula (x ingat surat apa). Skrg ni BNM nak elakkan kes money laundering, scam. Dulu byk kes scammer/terrorist yg guna acct org lain utk funding. Depa ni bayar monthly sewa pd acct owner utk guna kemudahan bank transaction
Quote shamsadis 14-8-2024 08:05 AM
sejak tahun 2002 aku bukak akaun kerja McD kena bawak surat McD, dari dulu
Quote annehuda 14-8-2024 08:18 AM
Aik bukan ke dari dulu mcm ni? Mcm dulu first job aku jadi promote parkson mmg hr parkson kasi aku surat suruh pegi maybank bukak akaun
Quote midori888 14-8-2024 08:40 AM
alamak...meols baru plan nak buka joint acc dgn adik meols...harap tak susah lah...
Quote kepompong 14-8-2024 08:47 AM
Mary_jane replied at 14-8-2024 12:02 AM
Dah memang gitew kan rules nya selama ini.

Macam burita 10 tahun lepas.

be like berita lebih 15 tahun lepas... definitely  bukan setakat 10 je
Quote kepompong 14-8-2024 08:50 AM
i dah tutup semua acc lama2 yg tak guna. Masa nak tutup acc, teller tu kata jgn tutup dulu sbb nak bukak acc dah susah. Apa yg susah ntah. Kalau nak bukak acc semula, buat aje la surat majikan & slip gaji. mintak ngan kekawan/suami/adik beradik
Quote Dwdrum 14-8-2024 08:51 AM
Malaysia ketat kan kyc sebab banyak scammer...
Quote Kitty_catz 14-8-2024 08:51 AM
kalu bank cotong,  kalo ada surat majikan, bank amek depo rm50 je vs takde surat majikan cimb mintak rm250 tak silap then apa2 doc lain kut

Quote Rogue98 14-8-2024 08:54 AM
Aku rasa rules nak bukak akaun mmg ketat. Tapi pihak bank yg tak implement betul2.
Quote dagusengett 14-8-2024 08:54 AM
Macam2 skrg peraturan
Nombor tel pun kena daftar atas nama sendiri
Nak murah amik postpaid umobile tu 38 je
Prepaid takut lupa topup depa deactivate nombor tu
Quote Thunderclouds 14-8-2024 10:11 AM
midori888 replied at 14-8-2024 08:40 AM
alamak...meols baru plan nak buka joint acc dgn adik meols...harap tak susah lah...

Applied utk new customer jer.
Contoh chuols hada acc ngn bank rimau, nk bkk joint acc ngn bank rimau jgk smooth ja process.
Quote midori888 14-8-2024 10:19 AM
Thunderclouds replied at 14-8-2024 10:11 AM
Applied utk new customer jer.
Contoh chuols hada acc ngn bank rimau, nk bkk joint acc ngn bank rim ...

meols nak buka dgn bank yg tak pnh ada account lagi...
Quote syamzana 14-8-2024 10:30 AM
kepompong replied at 14-8-2024 08:50 AM
i dah tutup semua acc lama2 yg tak guna. Masa nak tutup acc, teller tu kata jgn tutup dulu sbb nak b ...

sama!!! iols tutup sbb ada terlepas pandang atm card takleh guna pastu bila pergi bank inactive dah acc iols tu. ada saki baki duit dlm tu masuk dlm gol "baki yg tak dituntut". mslh plak nak tuntut duit tu mcm2 prosedur.
staf bank ckp nati susah nak bukak balik sbb iols pun time tu ckp dah tak kerja (maybe reason ni la kot). tp i ttp la ttp jugak yg x brp nak guna tu bkn byk pun duit nak bedak2 dlm mcm2 acc

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063667 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top