CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kami mohon maaf gagal bawa balik emas' - Hannah Yeoh

13-8-2024 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29537| Komen: 12

HANNAH bersama Azizulhasni (tiga kiri), Shah Firdaus (tujuh kiri) dan Nurul Izzah Izzati (dua kiri) bergambar sekembalinya dari Sukan Olimpik 2024 Paris di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah




Sepang: "Saya bagi pihak kontinjen Malaysia memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kami masih belum berjaya untuk bawa pulang pingat emas pertama negara."

Demikian permohonan maaf dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh susulan kegagalan kontinjen negara untuk memenangi pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir Ahad lalu.

Hannah yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Paris berkata, meskipun gagal memenuhi sasaran berkenaan, namun terdapat peningkatan prestasi dipamerkan oleh atlet negara di Paris.

"Seperti diumumkan, projek Road To Gold (RTG) adalah untuk dua Sukan Olimpik iaitu di Paris 2024 dan Los Angeles 2028. Tetapi apa yang kita lihat kali ini nyata ada peningkatan membabitkan atlet-atlet Road To Gold iaitu rekod kebangsaan yang berjaya dilakukan tiga atlet iaitu Datuk Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati Asri (berbasikal) serta juga Aniq Kasdan (angkat berat).


"Setiap atlet yang pergi ke Paris bertungkus lumus untuk mendapatkan pingat seperti Pearly (Tan)-M Thinaah, Aaron (Chia)-Soh Wooi Yik, Lee Zii Jia dan Aniq. Begitu juga Shah Firdaus yang berjuang habis-habisan," katanya.

Hannah menambah Jawatankuasa RTG akan mendapatkan laporan daripada setiap pasukan sebelum beliau membentangkannya di Parlimen.

"Jawatankuasa RTG akan mengadakan mesyuarat dan mendapatkan laporan teknikal daripada setiap pasukan di Sukan Olimpik Paris. Kami sedang menyediakan akaun yang akan diaudit dan dibentangkan di Parlimen.

"Kami akan menjawab isu akaun, kami telah menggunakan dana dengan telus. Semua permintaan dan perkhidmatan tambahan daripada pihak berkepentingan, iaitu jurulatih dan atlet telah kami sampaikan sebelum mereka berangkat ke Paris," katanya.

SUMBER: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepingbewok 13-8-2024 10:33 PM
it's okay..pergi olimpik pun bkn niat nk bg peluang atlit2 MY bertanding/ambil feel.tp more to nk bawa yg tak bersangkutan jln2 mkn angin.
Quote Carcosa 13-8-2024 10:46 PM
Siapa tau yg kiri sekali tu siapa?
Tadi meols tgk Live kat TV, masa diorang ni baru sampai Airport. Then si Azizul tgh cakap dgn reporters dia nangis2 lah, sbb dia nak quit kan.
Lelaki yg kiri sekali tu meols tgk sayu betul muka dia. Terpancar lah kesedihan. Tak mcm muka si Hanak Yeoh ni. Tah, tau nak explain cemana. Muka lelaki yg kiri sekali tu mcm muka seorang uncle yg baik yg tgh sedih sambil dia tepuk2 bahu Azizul suruh jgn nangis.
Quote kemaruk 13-8-2024 10:59 PM
Di zaman penuh kegemilangan di bawah pemerintahan kerajaan madani ni cuma 2 gangsa jer

Peliknya di zaman najib yang serba kegelapan dan penuh kezaliman, malaysia mampu raih 4 perak 1 gangsa
Quote bottompro 13-8-2024 11:19 PM
Takpela. Ketepi semua. Meols nk.pelok abg jijol lazats.
Quote dua_chzy 13-8-2024 11:19 PM
Kalau aku PM, dah aku maki2 tau. Silver pun tarak. Harey.
Quote s@s@ 14-8-2024 08:51 AM
patut minta maaf pasal performance makin teruk.
ni saja sebut x menang gold, sbb negara mmg x pernah menang gold pun.... so xde la nampak teruk sgt
Quote emera 14-8-2024 08:54 AM
Ko pegi makan angin je kan?
Quote Rogue98 14-8-2024 09:01 AM
Patut pecat jer si hannah ni....sebok ambik gambar dgn fan crushing kat lawan lzj... tak sensitive langsung. Are the officials doing their job? Did they make sure atheletes yg bertanding have enough training and well taken care of?
Quote arareez 14-8-2024 09:07 AM
Mintak maaf je? Deyy, ko letak jawatan la baru rakyat tak marah

Sepatutnya kena ada rules, siapa yg pegi olimpik guna duit rakyat atas dasar kerja tp x menang gold kena bayar balik kos kat kerajaan. Pandai pandai la korek dana dari kementerian ke, persatuan ke, jual kunafa, menari bogel etc asal bayar balik. Selama ni guna duit rakyat sedap je kann x menang pun x pe.. Kalau kena bayar balik ni, confirm ramai bawak balik gold
Quote freyayong 14-8-2024 09:17 AM
the worst olymipic ever.. 2 gangsa je... hard luck lah negara kita MALAYSIA ni...
Quote Firenzza 14-8-2024 09:22 AM
Yg sorang lg Adam adli tu pun xde function, pg Paris jln2 perabih duit rkyt, rakan muda pun recycle gomen dulu punya idea habuk pun tarak
Quote nusaraya 14-8-2024 10:28 AM
Edited by nusaraya at 14-8-2024 01:58 PM
arareez replied at 14-8-2024 09:07 AM
Mintak maaf je? Deyy, ko letak jawatan la baru rakyat tak marah

Sepatutnya kena ada rules, s ...

Sejujurnya seharusnya kau jangan meminta maaf  kepada seluruh rakyat Malaysia .. tetapi minta maaflah kepada Lord Pemilik Tanah Melayu karena kau gagal mempersembahkan pingat mas seperti yang mereka titah dan perintahkan .....

Tetapi sayangnya kau gagal sehingga membuat jati diri dan maruah mereka sebagai Bangsa Melayu Mahawangsa dan Penguat Kuasa Alam Melayu marah besar dan dipermalukan oleh seluruh dunia ....

Tanah Melayu Tanah Kita.jpg

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038425 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top