CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azizulhasni mungkin tak jadi bersara? Mohon ruang diberikan kepadanya berbincang bersama ahli keluarga

13-8-2024 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32432| Komen: 131

 


Sepang: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memohon ruang diberikan kepadanya berbincang bersama ahli keluarga bagi menimbangkan semula keputusannya untuk bersara.

Jelas Azizulhasni, beliau menerima permintaan daripada beberapa pihak termasuk rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sharom dan ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley, yang memintanya agak meneruskan karier.

"Beberapa hari selepas perlumbaan, Shah, John dan pasukan saya memang berharap kalau boleh mempertimbangkan semula sehingga ke Los Angeles 2028. Tapi bagi saya, saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku ini, di luar kebiasaan dalam karier saya tetapi bagi saya, mereka tahu, kalau saya berhenti pun saya masih akan aktif dengan sukan terutama berbasikal.

"Akan terus berkayuh tetapi paling penting, kalau mereka perlukan bantuan saya, kalau Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan.


"Namun buat masa sekarang, saya rasa saya perlukan masa kerana untuk kali ini, sangat mencabar. Bukan sahaja fizikal, latihan keras saya sudah biasa tetapi mental, saya ada keluarga, anak yang sedang membesar dan sentiasa bertanya kepada saya.

"Dua tahun lalu, bila tahu masalah jantung itu, memang keluarga sudah meminta saya berhenti sebenarnya dan tak ada lagi nak capai tapi saya kata, saya berjanji bagi saya satu lagi Olimpik. Olimpik terakhir. Itu saya janji pada keluarga, ibu saya, isteri, anak..hanya mahu lakukan untuk negara, saya terkilan tetapi masih perlukan masa," katanya.


Pelumba berusia 36 tahun itu berkata demikian dalam nada sebak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) dari Paris, hari ini.

Jelas Azizulhasni, beliau mengakui masih tidak dapat menerima kegagalan meraih pingat emas selepas tersingkir seawal pusingan pertama acara keirin kerana kesalahan mendahului pacer pada Sukan Olimpik Paris 2024.

"Saya masih tak boleh terima sepenuhnya apa yang berlaku kerana kebiasaannya kalau saya kalah dalam perlumbaan, saya masih boleh ekspresikan lagi kekuatan dalam perlumbaan saya... itu saya boleh terima.

"Tapi ini (di Paris 2024), saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara.

"Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua... apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik," katanya.


SUMBER: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 13-8-2024 10:33 PM
Dia haritu paling tua kan?
Quote Carcosa 13-8-2024 11:00 PM
Meols tgk Live ni tadi, meols pun ternangis yach masa dia nangis. Part dia ckp dia terpaksa letak family nombor 2. Cedeyyy, huhuuu
Quote kemaruk 13-8-2024 11:05 PM
Bersara jela sebelum orang start menyampah
Quote dua_chzy 13-8-2024 11:19 PM
Sokong jangan bersara. Lepas Olimpik LA 2028 baru berenti.
Quote bottompro 13-8-2024 11:20 PM
Bam jijo boleh bersara. Meols setia tunggu di katil. Bam jijo boleh kayuh meols. Gituw
Quote JohnDeSouza 13-8-2024 11:31 PM
dua_chzy replied at 13-8-2024 11:19 PM
Sokong jangan bersara. Lepas Olimpik LA 2028 baru berenti.

sokong!!!! selagi dia rasa boleh dan pelapis belum ada
Quote green~tea 13-8-2024 11:42 PM
bottompro replied at 13-8-2024 11:20 PM
Bam jijo boleh bersara. Meols setia tunggu di katil. Bam jijo boleh kayuh meols. Gituw

Quote Minami2013 14-8-2024 12:14 AM
Tgk masa interview tadi.. i feel you. Mmg boleh nmpak dia punye semangat dan nmpak ready mental dan fizikal kat sana. Kita kecewa, dia berganda kecewa. Sbb faktor umur dan kesihatan, lebih baik bersara.
Quote manop 14-8-2024 12:21 AM
kemaruk replied at 13-8-2024 11:05 PM
Bersara jela sebelum orang start menyampah

Jibun dulu dulu pun camtu x nak letak jawatan..tapi tu lah kan bodow..ujung banduan klepto tersohor kannn

Quote cap_ayam 14-8-2024 12:24 AM
Shah firdaus dah ada pelapis ke belum
Quote Suchi 14-8-2024 12:32 AM
Azizul bukan duk ostolia ke? So dia balik juga la ye Malaysia?

Dia ni kahwin muda,masa baru 21 kot lepas 1st debut dia kat olimpik dia kahwin.
Tabah betul la bini dia yaa harus la tak suami tak selalu ada kat umah sana sini bertanding tp bagusnya takde la merudum prestasi walau kahwin.
So sapa yg ckp lepas kahwin prestasi makin malap tu? Kalau dpt pasangan yg tepat insyaAllah tak merudum.
Yang penting bini jenis memahami dan tak byk kerenah sentiasa support kerjaya laki.
Quote Suchi 14-8-2024 12:46 AM
bottompro replied at 13-8-2024 11:20 PM
Bam jijo boleh bersara. Meols setia tunggu di katil. Bam jijo boleh kayuh meols. Gituw

258FC2BA-71D6-418E-9437-985062DC2B3C.jpeg
Masa ni uols tak taste ke?
Olimpik beijing 2008, pestime azizul join olimpik.
Quote hyie 14-8-2024 12:48 AM
yang sebenarnya, heols masih belum puas sebab belum terlaksana ultimate goal dia untuk dapat emas olimpik. Tu je. Kalau dia dah betul2 nekad nak bersara, takdanya la nak ragu2 lagi. Baik fokus pada kesihatan dan family, sebab umur pun masuk 40 masa LA olimpik nanti. Better fokus jadi jurulatih misalnya.
Quote clarizsa 14-8-2024 12:51 AM
terhegeh hegeh , takde org muda ke msia ni , punya la ramai rakyat , nk bg yg tua juga , kalau menang xpe gak , ni gagal membazir je
Quote Tinot7 14-8-2024 01:23 AM
Kat mesia mmg takde pelapis ka mcm mana? Org2 muda tak berminat ka mcm mana?
Quote manop 14-8-2024 01:37 AM
Tinot7 replied at 14-8-2024 01:23 AM
Kat mesia mmg takde pelapis ka mcm mana? Org2 muda tak berminat ka mcm mana?

cerita nye macam ko lah..main forem ..bertenet sampai terlupa berus jamban kak tie oiii.
Quote Tinot7 14-8-2024 01:39 AM
manop replied at 14-8-2024 01:37 AM
cerita nye macam ko lah..main forem ..bertenet sampai terlupa berus jamban kak tie oiii.

Tak paham

Quote stingerbumpy 14-8-2024 06:14 AM
kemaruk replied at 13-8-2024 11:05 PM
Bersara jela sebelum orang start menyampah

Aku dengar harga basikal yg dia gunakan boleh beli sejibik rumah kt mont kiara ? Apa betul kew? Dengarnya kali ini kalah dia salah khen org lain ?

Kalau dia tak nak bersara, suruh dia tanggung training makan berak semua sendiri ler hingga next olimpik...apa dia ingat dia sorang saja layak utk terima sokongan bantuan to excel? Aku rasa bagi anak anak ko sponsorship lagi pekdah kimarkruk...khen?

Quote stingerbumpy 14-8-2024 06:18 AM
dua_chzy replied at 13-8-2024 11:19 PM
Sokong jangan bersara. Lepas Olimpik LA 2028 baru berenti.

Sampai bila nak makan minum berak  allowance kerajaan nak tampung? Tak tahu malu keww? Beri ler peluang bakat bakat baru...dah berapa kali olimpik kau diberi peluang? Selfish twerp...bila kalah, salahkhen pelumba lain.Meluat tau...

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072207 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top