CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita derita 4 jenis kanser, makan nasi kosong dengan budu

13-8-2024 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19556| Komen: 97|Original author: EJALTI



KUALA KRAI: Seorang wanita yang menderita empat penyakit reda dengan nasib menimpa dirinya, kini bergantung harap sepenuhnya kepada anak sulung berusia 19 tahun mencari nafkah, selain sekeluarga sering makan nasi kosong dengan budu.

Asmawati Samsuddin, 39, yang menghidap penyakit kanser tulang, barah otak, ketumbuhan di kepala dan juga saraf sejak tujuh lalu hilang upaya untuk berjalan selain kedua-dua matanya juga tidak lagi dapat melihat.

Katanya, segala urusan hariannya termasuk mandi, makan dan minum diuruskan empat anaknya berusia di antara 12 hingga 19 tahun secara bergilir-gilir.

"Kekangan kewangan dan kesempitan hidup menyebabkan anak sulung saya, Muhammad Ameer Aiman Zalani, 19, mengambil keputusan untuk berhenti sekolah ketika berada di Tingkatan Empat kerana mahu memastikan adik-adiknya lain dapat meneruskan persekolahan hingga ke menara gading.

"Sejak itu Muhammad Ameer Aiman menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyara saya serta tiga adiknya yang masih bersekolah dengan mengambil upah memotong rumput di Kem Desa Kok Lanas," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengah.

Terdahulu Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed menyantuni keluarga berkenaan dan turut menyampaikan barang keperluan asas bagi meringankan beban yang ditanggung.

Asmawati berkata, sudah menjadi rutin harian anak sulungnya sebelum keluar bekerja menguruskan segala keperluannya serta menghantarnya ke rumah ibunya di Sungai Durian memandangkan dia berada bersendirian di rumah.

"Saya bersyukur dikurniakan anak ringan tulang dan menjadi sumber kekuatan meneruskan kehidupan," katanya.

Memandangkan hanya anak sulung bekerja dengan pendapatan tidak menentu menyebabkan mereka perlu bijak berbelanja dan ada ketikanya mereka sekeluarga termasuk Asmawati terpaksa makan nasi kosong bersama budu mahupun kicap bagi mengalas perut, malah ada juga jiran tetangga yang bersimpati menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan.

"Kami tidak kisah makan ala kadar sahaja asalkan tidak berhutang atau menyusahkan sesiapa.

"Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan hanya cukup membeli lampin pakai buang saya, selain wang saku bagi perbelanjaan persekolahan anak.

"Lebih menyedihkan lagi, ada kalanya anak saya tidak membawa wang saku ke sekolah, namun mereka tidak pernah merungut kerana mengerti kesusahan keluarga," katanya.

Katanya, dia berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan untuk dirinya dan kuat menjalani kehidupan harian.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 13-8-2024 09:48 AM
beratnya ujian...laki dia mana? tak citer pulak dia ibu tunggal ke tak
Quote pet_ayut 13-8-2024 09:50 AM
ya Allah...semoga dipermudahkan segala kesulitan keluarga ini..
Quote supernaturalee 13-8-2024 10:19 AM
klu di negara barat nu mau dh mohon utk voluntary euthanasia



Quote harkktuih 13-8-2024 10:33 AM
besar tanggungjawab anak sulung dia..moga Allah permudahkan urusan keluarga ni..
Quote nuryakmal 13-8-2024 10:35 AM
bakingsoda replied at 13-8-2024 09:48 AM
beratnya ujian...laki dia mana? tak citer pulak dia ibu tunggal ke tak

kalau takde sebut pasal laki, either laki da mati atau kena cerai.
tapi alhamdulillah dapat anak lelaki yang ringan tulang nampaknya.

semoga bertambah rezeki mereka. anak2 sekolah boleh dapatkan rancangan makanan sekolah kan. pihak sekolah/ppd kena amik peduli la hal ni.
Quote talapia 13-8-2024 11:13 AM
nuryakmal replied at 13-8-2024 10:35 AM
kalau takde sebut pasal laki, either laki da mati atau kena cerai.
tapi alhamdulillah dapat anak l ...

ha'ah kan... siap kata duit bekal anak utk ke sekolah..
kurang2 RM2 seorang tu kalau bekal duit. Takkan sekolah tu takde RMT? takkan tak peka kot cikgu2 nya ..
atau mungkin sbb takde cikgu2 yg kenal keluarga murid ni.. taktau keadaan mak dia..
kalau tak.. takkan la tak dapat RMT n bantuan2 lain..
taktaula kalau sekolah n PIBG mandom.

syukur sangat bila baca anak sulung dia ringan tulang.. sebelum gi keje setelkan keperluan mak dia.. n hantar ke rumah neneknya dulu..
semoga pengorbananmu dibalas rezeki melimpah ruah nak..
Quote helicornia 13-8-2024 11:18 AM
takde sebut plak cara nk menderma ke
Quote ifanonline 13-8-2024 11:25 AM
semoga anak2nya di kurniakan rezeki yg melimpah ruah asbab menjaga ibu mereka
Quote missbigrockstar 13-8-2024 11:37 AM
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Quote any42 13-8-2024 11:39 AM
Allahuakbar berat mata mmndang berat lg bhu mmikul. semoga kuat semngt adik ni jga ibu besar phala mnnti.
Quote Manjahati 13-8-2024 11:42 AM
Moga dipermudah utk semua urusan akk ni sekeluarga
Quote liyamariska 13-8-2024 12:21 PM
maaf, ai cuma rasa dgn melihat keadaan diri wanita ni sepatutnya perlu jagaan rapi di hospital...

semoga dipermudahkan segala urusan wanita ini dengan keluarganya...
Quote vanilacup 13-8-2024 12:40 PM
Allahu Rabb semoga Allah mengurniakan pahala terbesar buat seluruh keluarga yg tabah menjaga wanita ini selama mana hayat dikandung badan.
Moga Wanita ini dikurniakan syurga Allah atas segala kesakitan dan penderitaan yg ditanggung selama bertahun ini....
APalah sgt ujian terperit yg kita lalui tidak sehebat Allah uji wanita ini dan semoga kita sentiasa ingat dunia ini tidak kemana utk duduk dalam krisis ,salah dan perebutan kerana bila2 masa Allah boleh beri dan timpakan sesuatu yg boleh melemahkan dan menjatuhkan kedudukan kita.
Quote green~tea 13-8-2024 12:53 PM
Semoga dipermudahkan urusan...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Quote green~tea 13-8-2024 12:54 PM
Pergh 7 tahun surve 4 types of cancer...


Semoga dipermudahkan urusan keluarga yang mengurus... semoga mudah nyawa nya di ambil  Ilahi
Quote mojarean_X 13-8-2024 12:56 PM
Bila tgk ni barulah iols sedar ujian hidup iols x lah seberat mana. Btw ada nombor akaun x utk derma?
Quote Duriand24 13-8-2024 12:58 PM
supernaturalee replied at 13-8-2024 10:19 AM
klu di negara barat nu mau dh mohon utk voluntary euthanasia

Sama jugak mcm bunuh diri tu.  Huhuhu
Quote plywood 13-8-2024 12:59 PM
wang kebajikan tu tambah lagilah, tak cukup 300.. bagi juga anak-anak dia yang lain kerja
Quote KakRumiMenari 13-8-2024 01:24 PM
Simpati.. semoga anak2 tabah jaga maknya & diluaskan pintu rezeki..

Budu ada khasiatnya kan..

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.116315 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top