CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja wanita kedai aiskrim cedera dalam kejadian samun

13-8-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8461| Komen: 76|Original author: DidiAndFren


SHAH ALAM – Seorang pekerja wanita sebuah kedai aiskrim di Taman Sri Muda di sini cedera dalam satu kejadian samun, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa seorang pekerja wanita berusia 21 tahun cedera ditoreh sebanyak tiga kali menggunakan pisau pemotong kertas.

Katanya, laporan mengenai kejadian diterima daripada abang mangsa berusia 36 tahun.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang bekerja seorang diri di kedai sementara menungggu pekerja lain masuk bertugas.

“Suspek merupakan seorang lelaki berbangsa tidak pasti dengan memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau pemotong kertas telah cuba melakukan samun ke atas mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa berjaya menghalang suspek, namun mengalami kecederaan akibat ditoreh.


“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang pada 1 pagi tadi,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, sehingga kini tiada sebarang kerugian dialami oleh mangsa mahupun syarikat.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup telah berjaya menimbulkan wajah sebenar suspek dan usaha mengesan serta menangkap suspek kini giat dijalankan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid di talian 013-6544996.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DidiAndFren 13-8-2024 03:58 PM
[twitter]https://twitter.com/update11111/status/1823167419273379954[/twitter]
Quote DidiAndFren 13-8-2024 04:00 PM

Quote edayildiz 13-8-2024 04:03 PM
br nk speku kedai mixue..
omg bahaya betul la..
dorg ni gila ke apa buat jht..dh sah sah zaman skrg ada cctv apa semua..pastu nk rompak rompak je la jgn cederakan org
mixue kt umah i ramai manusia...i suka air lemon tu..ice cream dorg xsdp rasa susu gandum sgt
Quote bbalik 13-8-2024 04:15 PM
dah mai negara org, syaithonnn pulok
Quote Nurul8001 13-8-2024 04:33 PM
Kesiannya Ya Allah
Quote kechikchomel 13-8-2024 04:47 PM
edayildiz replied at 13-8-2024 04:03 PM
br nk speku kedai mixue..
omg bahaya betul la..
dorg ni gila ke apa buat jht..dh sah sah zaman skrg  ...

tak sedap ke ice cream dia? haritu iolss nak try, tapi takde/dah habis.

Quote tahanie 13-8-2024 04:50 PM
kechikchomel replied at 13-8-2024 04:47 PM
tak sedap ke ice cream dia? haritu iolss nak try, tapi takde/dah habis.

Sedap. Tak manis macam mcd.

Kenapa la nak attack orang. Semoga kena toreh balik
Quote akies 13-8-2024 04:56 PM
Aduh. Mujur tk cedera parah.
bahaya nya area tu
Quote Tulips1234 13-8-2024 04:57 PM
kechikchomel replied at 13-8-2024 04:47 PM
tak sedap ke ice cream dia? haritu iolss nak try, tapi takde/dah habis.

Ice cream die rase susu bukan rase vanilla
Quote kechikchomel 13-8-2024 04:58 PM
tahanie replied at 13-8-2024 04:50 PM
Sedap. Tak manis macam mcd.

Kenapa la nak attack orang. Semoga kena toreh balik

kalau masuk lokap/penjara dapat makan free lak.


OT : ikut tekak masing2 la kot kan? sedap ke tak. nanti iolss try la
Quote Carcosa 13-8-2024 05:07 PM
Kesian adik tu. Luka boleh hilang, tapi trauma kot. Kira kena tikam lah tu, tgk cara dlm video tu.

Nnti dkt Pesbuk mesti ada org ckp gini.
"Hidup sgt keras skrg. Kita doakan yg baik2 jelah. Kita tak tau kesusahan dia di kampung Pakistan sana mcmana. Mungkin duit perlu dihantar utk ibu yg sudah uzur. Isteri pula tak bekerja jaga anak2 18 orang di kampung. Maafkanlah dia. Mungkin dia buntu dan terdesak. Bagaimana dgn anda kalau org tersayang di kampung tiada wang? Kita tak tau lagi pengakhiran kita"


Eh babi. Aku xtau pengakhiran aku. Tapi aku takkan, diulang, takkan, tikam anak dara orang semata2 nak duit. Paham tak wahai si babi?
Quote TeropongThaico 13-8-2024 05:29 PM
Kesiannya adik ni.  Maunya trauma nak cari kerja tempat2 gitu dah. Harap ada peluang ditempat lain yg lbh selamat

Anak aiol yg baru2 ni kena kacau dgn org gila dkt tempat kerja part time dia pun trauma terus tak nak pergi dah kalau kena panggil kerja. Inikan pula adik ni. Dkt anak aiol blh le aiol ambil peluang nasihatkan dia dgn si adik utk bersungguh2 study supaya dpt bekerja ditempat yg environment yg lbh selamat sbb diarg ada peluang sambung study. Takut dgn kejadian2 gini
Quote rayriff 13-8-2024 05:31 PM
Tulips1234 replied at 13-8-2024 04:57 PM
Ice cream die rase susu bukan rase vanilla

Iols try ais krim ada topping coklat, rasa murahan sangat coklat dia, macam bancuhan sendiri guna serbuk koko. Jadi x fokus sangat dekat aiskrim tu
Quote rayriff 13-8-2024 05:34 PM
Adoi memang kesian ngan adik ni. Muka cam paki pati bangla ni. Kalau dapat tangkap, meh toreh muka dia pulak
Quote B40tastePosh 13-8-2024 05:45 PM
Cerita aiskrim atau cerita torehan wargaasing?
Quote DidiAndFren 13-8-2024 05:49 PM
B40tastePosh replied at 13-8-2024 05:45 PM
Cerita aiskrim atau cerita torehan wargaasing?

aiskrim dia murah

[tiktok]7340490602506751234[/tiktok]

Quote B40tastePosh 13-8-2024 05:50 PM
DidiAndFren replied at 13-8-2024 05:49 PM
aiskrim dia murah

Aiskrim saya free.
Quote edayildiz 13-8-2024 06:33 PM
kechikchomel replied at 13-8-2024 04:47 PM
tak sedap ke ice cream dia? haritu iolss nak try, tapi takde/dah habis.

i try yg dlm bekas tu rm5..tekak i mcm xkena je..
sbb nk beli yg kon tu..adik i ckp sdp..tp yg tu abis..tak tahu la betul ke sdp atau sama je rasa..i suka ice cream kon berger king..sdpla..kon dia pun sdp..baru seringgit..
tp kalau cashier perempuan dorg kira rm2..kalau dak laki dia bg rega seringgit
Quote Skuau 13-8-2024 06:44 PM
Edited by Skuau at 13-8-2024 08:14 PM

tuan2,puan2,majikan2,kapitalis2 semua jangan risau...apa pun yg 'KENA' dengan warga tempatan...kami TIDAK AKAN MENARIK SUBSIDI WARGA ASING untuk mengkayakan tuan2,puan2 semua..seterusnya membayar cukai kepada kami untuk DIBAGI kepada penjawat awam sebagai kenaikan gaji...yg kemudiannya mengundi kami pada mana2 PRK dan PRU.Begitula SISTEM INI BERFUNGSI.
#JumaatKitaNaikGaji

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.172208 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top