CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi serangan pisau gemparkan UK, Seorang wanita dan anaknya ditikam

13-8-2024 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10456| Komen: 4



LONDON – Seorang lelaki ditahan selepas menikam seorang wanita dan anaknya yang berusia 11 tahun dalam serangan pisau di Leicester Square, London, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Suspek yang dibawa dalam keadaan bergari oleh dua anggota polis, pada awalnya ditahan oleh seorang pengawal keselamatan.

Dia diberkas sejurus selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan ibunya, 34, ditikam di Leicester Square semasa waktu sibuk kira-kira pukul 11.34 pagi (waktu tempatan).

Kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek manakala polis berkata, serangan itu tidak dianggap sebagai kes keganasan setakat ini.

Seorang saksi  memberitahu akhbar The Sun UK bahawa suspek dilihat mundar-mandir di kawasan tumpuan pelancong itu beberapa jam sebelum dia melancarkan serangan.

“Saya mendengar jeritan kanak-kanak dan kemudian pekerja keselamatan di kedai teh keluar dan bergelut dengan penyerang,” kata saksi berkenaan, Abu Tauhid, 35.


Menurut polis Metropolitan London, budak perempuan  itu masih dirawat di hospital, namun kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa, manakala ibunya hanya cedera ringan.

Pengawal keselamatan yang bertarung dengan suspek, Abdullah, 29, berkata, dia melompat dan merampas pisau lelaki tersebut.

“Kemudian beberapa orang lagi turut serta, dan kami menahannya sehingga polis datang,” ujar Abdullah. – AGENSI

SUMBER: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurkasih74 13-8-2024 05:40 PM
Ni kat Pakistan/UAE/Malaysia ke? Awat nama2 dlm berita ni ada Ahnad bagai?
Quote Tinot7 13-8-2024 05:43 PM
Tingat pi sana beberapa tahun lepaih.. tgk muvi kat sana.. rega tikat 45 pound ka berapa.. fefeeling orka beli tiket mahai..
Quote batmana 13-8-2024 11:51 PM
Orang gila ada kat mana2
Yg US dgn senjata api
Yg UK dgn pisau
Quote copy_paste 14-8-2024 09:14 AM
kes serangan rambang mcm ni nt akan disalahkan org islam jugak,

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.052661 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top