Oleh : Fyruz Hanna Perhubungan sememangnya sentiasa penuh dengan cabaran namun jika ia mekar dengan persahabatan yang kuat, pastinya kamu tiada masalah dalam perhubungan yang kamu jalani. Namun jika kamu masih tertanya-tanya adakah kawan baikmu (lelaki) sukakan anda, ketahuilah dengan tanda berikut: 1. Sentiasa mahu anda sebagai pasangannya
Tak kira di sekolah, ditempat kerja, atau hanya berjalan, dia pasti mahu bersamamu. Jika dia kelihatan sering memberi tanda-tanda ini, percayalah dia sukakan kamu. 2. Sering ajak kamu keluar Baca diatas, 'sering' bermakna selalu ajak kamu keluar. Tapi tak bermakna semua lelaki yang ajak kamu keluar itu sukakan kamu. Jika dia teman rapatmu dan sering tak tinggal kamu sendirian. Cuba kenali si dia dengan lebih rapat. 3. Sering sakat kamu Jika kecil-kecil dahulu, kita sering dengar, budak lelaki yang selalu kacau budak perempuan itu sebenarnya menyukai perempuan itu. Temanmu yang sukakan kamu sering menyakat kamu hanya untuk melihat kamu tersenyum atau merajuk. 4.Merenung Pernah kamu tertangkap temanmu merenung mu? Dan apa yang dia lakukan ketika tertangkap dalam keadaan itu? Adakah dia mengalihkan pandangannya. Itu satu tanda jelas! Dia sukakan kamu. 5. Sentiasa duduk rapat, serapat yang boleh Walaupun ruang luas lagi, tapi temanmu mahu merapatkan jarak antara kamu dan si dia. Dia seolah-olah ingin dilihat seperti sepasang kekasih. Awas. Dia memang sukakan kamu. 6. Dia mendengar Adakah dia orang pertama yang ingat hari lahirmu? Bagaimana dengan perkara minggu lepas yang kamu katakan. Jika si dia benar-benar ingat, tiada curiga lagi si dia meminati kamu dalam diam. 7. Buat kamu ketawa Lelaki suka buat insan yang digemarinya ketawa. Jika sering dia terlihat buatmu ketawa. Bahagianya kamu kerana si dia sememangnya meminati kamu. -CARI Infonet. sumber:love.allwomenstalk
|
23
Bagus |
30
Marah |
18
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
minguk replied at 24-12-2015 01:57 PM
kalau laki sama laki yang buat ni.... urmmmmmm
watie_na replied at 26-12-2015 12:07 PM
AWAS hahaha
ADVERTISEMENT