KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat sedih kerana segala usahanya untuk menjelmakan pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 telah musnah apabila penyertaannya dibatalkan ketika bersaing di pusingan pertama acara keirin. Azizulhasni yang mendapat gelaran ‘The Pocket Rocketman’ tidak dapat meneruskan perjuangan apabila dikesan memintas pacer terlalu awal dalam saringan pertama dan penyertaannya dibatalkan serta merta biarpun pasukannya itu berjumpa dengan komisar memohon untuk melakukan review pada video perlumbaan serta keputusan. Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Azizulhasni di media sosialnya, dia menjelaskan apa yang berlaku kerana strategi ketika itu adalah untuk mendapat posisi paling hadapan kerana terdapat pelumba front runner di hadapannya yang akan meletakkannya dalam situasi sukar. “Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, perancangan terbaik adalah untuk terus kehadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin. Loading FB Post... “Akan ada kemungkinan ‘blocking dan gapping’ dari beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi, saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan kemungkinan untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu. “Namun ketika melepas selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba Perancis (Rayan Helal). Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ianya adalah intentionally aggressive kerana melanggar saya dan hampir terjatuh. “Saya terselamat daripada jatuh kerana reaksi pantas kemahiran mengawal yang saya ada. Tidak cukup dengan itu beliau mash mengekori rapat disebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua. Di dalam keadaan seperti itu reaksi saya adalah bergerak kehadapan untuk mengelak dari beliau,” katanya. Dalam pada itu, pelumba kelahiran Terengganu itu turut menjelaskan bahawa ketika itu pacer bergerak lebih perlahan berbanding kelajuan sebenar dan tidak memecut keluar selepas selekoh keempat. “Sebagai seorang pelumba keirin yang elite, kita tahu kelajuan untuk pacer sebelum keluar, biasanya di selekoh terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50-55kmh. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat. “Saya yang tengah ‘bergolak’ dengan pelumba Perancis itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk breaking akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan. “Berdasarkan peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line) “Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya akan tetapi ianya adalah unintentionally dan juga anya adalah disebabkan oleh dua keadaan iaitu pertama blocking dan himpitan berterusan dari pelumba Perancis dan keduanya adalah kerana pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45kmh dan tidak pada kelajuan sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan,” katanya. SUMBER: KOSMO! ONLINE |
noor2: Takutla tu Malaysia menang...kira sabotaj berjemaah la ni kan
edsassin replied at 11-8-2024 01:12 PM
Korang ni tengok video ke tak yang memang france himpit dato? Dia kedepan sebab plan taktik dgn coac ...
uori replied at 11-8-2024 01:21 PM
Betul, memang nampak jelas. Pastu france kacau shah pulak, obvious gila kena aim
fefeeling replied at 11-8-2024 12:32 PM
Kesian tp tulah benda nak jadi.. rules are rules. No need nak bandingkan dgn acara kt Rio 8 tahun le ...
edsassin replied at 11-8-2024 01:12 PM
Korang ni tengok video ke tak yang memang france himpit dato? Dia kedepan sebab plan taktik dgn coac ...
mawardia replied at 11-8-2024 03:28 PM
Muka pacer mcm Zain Saidin versi tanned.
asfaz replied at 11-8-2024 03:42 PM
Kat fb netizens dah ckp cikta tak ikat laki.
ADVERTISEMENT