Pelawak Mamak Sepah berkata mungkin ada yang dikalangan anggota Sepah yang lupa dengan insiden yang berlaku dahulu namun baginya dia masih ingat dengan apa yang terjadi. Memetik Harian Metro, Mamat mendakwa dia mempunyai daya ingatan yang kuat dan masih ingat mengenai insiden berlaku 16 tahun lalu termasuk kejadian pergaduhan yang diceritakan dalam podcast Dol’s. “Apa yang saya ceritakan dalam podcast itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Alhamdulillah Tuhan beri saya daya ingatan yang kuat. Mungkin ada dalam kalangan kami sudah lupa setiap insiden yang berlaku, tapi saya masih ingat setiap babak-babak yang terjadi. “Mungkin ada orang yang sudah lupa mengenai kejadian itu membuatkan ia dianggap sudah ditokok tambah. Lagipun mana boleh padam sejarah yang pernah terjadi,” katanya. Sementara itu, Mamat berkata dia tiada niat mahu mengaibkan atau bergaduh dengan sesiapa serta memberitahu hubungannya dengan dua sahabatnya itu iaitu Jep Sepahtu dan Shuib baik.
Dalam pada itu, Mamat berkata isu hangat diperkatakan kini tiada apa baginya kerana dia pernah berdepan ujian lebih besar sebelum ini. “Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan ini. Kami bertiga sudah dianggap seperti adik-beradik. Tiada apa yang kami nak terasa. Apa yang berlaku sebelum ini semua tidak sengaja. Tiada apa yang membuatkan kami tidak selesa. Insya-Allah semua baik-baik saja. “Bagi saya perkara ini tiada apa kerana saya pernah menghadapi ujian yang lebih besar. Lagipun zaman media sosial sekarang ini mudah viral. Hubungan saya dengan Jep dan Shuib baik,” katanya. Sumber : Harian Metro, Rotikaya WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
Rogue98 replied at 9-8-2024 11:36 PM
Dia ni kan yg kena tahan polis aritu...patut citer lah pasal tu... yg citer 16 tahun dulu buat apa n ...
MisXoXo: Kdg aku rasa jeb yg serba xken ...
serimaya replied at 9-8-2024 11:54 PM
Hilang terus kes dia laki bini kena gari di sebabkan isu ni kan
MisXoXo replied at 9-8-2024 10:37 PM
Kdg aku rasa jeb yg serba xkena..dia xleh org over shadow dia.rahim tu kekal sbb dia ikuttt ja kataa ...
oggy replied at 9-8-2024 11:24 PM
Udah2 la tu.. korang kan dah happy dgn life masing2. Jep dah jwb sekali je, korang tetap nak balas b ...
ADVERTISEMENT