CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Video Lama Kritik Lee Zii Jia Kembali Tular, Pengulas Sukan Diserang Netizen

9-8-2024 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19761| Komen: 73



Kemenangan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia meraih pingat gangsa pada sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini memberi sedikit ‘tamparan’  buat segelintir pihak yang dahulunya mengkritik tindakannya untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menerusi pemerhatian XTRA di platfrom X, tular semula video melibatkan beberapa orang hos rancangan yang juga pengulas sukan popular, Hafizal Hamad yang didakwa menjadi punca Lee Zii Jia menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen pada ketika itu.



Geram dengan tindakan tidak profesional Hafizal, terdapat seorang pengguna media sosial tampil memuat naik bukti berupa pesanan WhatsApp  bertujuan mengaibkan pengulas sukan tersebut.

Sedar namanya menjadi topik perbualan netizen di platform berkenaan, Hafizal bagaimanapun memberikan amaran kepada individu berkenaan agar memadam ciapan tersebut.

“Saya mohon delete posting awak. Awak ada ayah dan ibu, rasa tak elok. Allahuakbar! aib saya awak buka dengan arwah sekali.

“Saya dah minta cara elok, delete. Saya bagi tempoh sampai petang ini. Jika tak saya akan buat laporan polis dan pihak MCMC. Ingat, kita ada ibu bapa. Klaau benda ni saya buat dengan awak?,” ciapnya.



Menjengah ke ruangan X, rata-rata netizen menyelar tindakan Hafizal yang didakwa menjadi punca Lee Zii Jia menerima kritikan hebat apatah lagi sehingga pemain itu mengeluarkan air matanya ketika ditemu bual pengulas sukan, Ahmed Shahrazad Sani sebaik sahaja memenangi pingat gangsa menentang pemain India, Lakshya Sen.



Meskipun begitu, netizen berpendapat tindakan menyebarkan aib termasuklah menyentuh isu peribadi sebagai tindakan yang sangat keterlaluan.



Sumber:  Xtra 













Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-8-2024 05:48 PM
wartawan sukan bermulut ponen...tetiba petik mak ayah pulak.... hahahahahahahaha..macam bebudak gaduh..
Quote pocongkiutss 9-8-2024 05:54 PM
Ape ni..tak nmpk..apa kena mengena mak bapak wartawan pondan lorong ni
Quote Mary_jane 9-8-2024 08:01 PM
Kat whatsapp tu bukti apa?
Quote Orix 9-8-2024 08:03 PM
Tp iols ad tgok video LZJ ni bo layan kan bebudak kecik yg duk kerumun heols mintak salam.. mmg nmpak sombong… mungkin org expect LZJ se-friendly LCW
Quote annehuda 9-8-2024 08:06 PM
Siapa dorang ni bekas pemain badminton ke nk sesuka ati kasi ulasan mcm ni
Quote nikaido 9-8-2024 08:19 PM
Memang ramai netizen duk kutuk LZJ. Aku xpenah kecam LZJ sb aku tahu badminton ni salah satu sukan paling sukar
Quote MissYouSayang 9-8-2024 08:29 PM
Poyo je acik2 kepam ni ..bila lzj kalah haritu mesti dorg side pengulas ..mentang2 lzj menang haritu kemain ko bash pengulas plak..hareiii
Quote _kelly 9-8-2024 08:33 PM
over sangat netizen malaysia ni..tu pon nasib baik zee jia menang gangsa haritu..kalau kalah, korang pon sama naik kutuk..poodah
Quote imanjannah 9-8-2024 09:31 PM
yup setuju ngan komen d atas, cuba klu LZJ kalah, mesti lain intonasinya..
Quote orkid_amani 10-8-2024 01:14 AM
Edited by orkid_amani at 10-8-2024 01:16 AM

For me yg penah jumpak LZJ irl dia mcm introvert sikit..shy2 cat gitu..sopan jaa layan fans cuma dia nampak takut @ trauma dgn fans yg mai kerumun2 terpekik terjerit.. aii bukan fans LZJ tau..aii fans LJH & ManTee..
Quote Sesuatu… 10-8-2024 08:14 AM
Aku pun x brp follow LZJ ni cuma tahu la aritu controversy sikit dia quit BAM & org kecam. Tp tgk sorotan LZJ dgn abgmed tu, aku rasa abgmed ni baik gila & disenangi semua atlet. LZJ pulak bukan sejahat/sombong/angkuh/lupa daratan yg naratif media hidangkn
Quote Prickford 10-8-2024 08:29 AM
Iolls tak penah kondem atlet malaysia, menang kalah sekalipon. Sebab iolls yg biasa2 ni jogging 5km pon rasa nak mampos, inikan pula mereka yg menjadikan atlet sukan sebagai kerjaya.
Quote kemaruk 10-8-2024 08:29 AM
Pondan siam taknak serang thread ni ke

Mentang2 LZJ kalah dengan pemain siam
Quote Suchi 10-8-2024 08:44 AM
Iols syak wartawan2 ni pun acik2 f
Sbb tu bahasa kasor semacam

Acik2 f kalau tak suka org bahasa mmg boleh membawa kelukaan dihati
Komen2 kat socmed tak sekejam komen kat forum.

Time puji mmg melambung2 tp time keji abis diungkit masa lalu walau sipolan dah berubah lebih baik.
Quote zehra2 10-8-2024 09:04 AM
masa arwah bapak hafizal sakit mcm ada pinjam duit kot.. tp ramai je yg marah org yg tulis tu sebab arwah bapak hafizal takde kaitan pun dgn isu ni.
ada post gambar arwah plak tu.. kurang ajar
Quote nazzse 10-8-2024 09:07 AM
Prickford replied at 10-8-2024 12:29 AM
Iolls tak penah kondem atlet malaysia, menang kalah sekalipon. Sebab iolls yg biasa2 ni jogging 5km  ...

Kan, susah oo jadi atlet. Semua kena dikorbankan.

Netz malaysia macam lalang & overreact, serupa kera baru dapat pisang. Time menang puji, time kalah kutuk sampai lubang cacing.
Quote MissVixen 10-8-2024 09:12 AM
Jangan puja dan suka berlebihan. Nanti silap sikit, terus kena kutuk.
Quote fatimahmarkonah 10-8-2024 09:56 AM
Sesuatu… replied at 10-8-2024 08:14 AM
Aku pun x brp follow LZJ ni cuma tahu la aritu controversy sikit dia quit BAM & org kecam. Tp tgk so ...

Sma la aku pn xfollow. Recently bru menyebuk hahahaha. Tp msa lzj n goh jin wei kua BAM tu lzj prasan la ramai kutuk dia. Wartawan netizen sama naik. Tp yg go jin wei x prasan plak kne kecam mcm lzj
Quote liyamariska 10-8-2024 10:19 AM
netizen byk yg bermasalah mental...

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.064558 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top