Pelakon Alya Iman mendedahkan bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha tidak membenarkannya untuk menceburkan diri dalam industri seni. Menerusi temu bual bersama Nona, pemilik nama Nur Alya Iman Azmil berkata, arwah bapa melarangnya kerana berpendapat bahawa tidak mudah untuk berada di dalam industri seni yang sangat mencabar. Difahamkan arwah Azmil juga tidak pernah berkongsi cerita tentang dunia lakonan bersama puterinya itu. "Sebenarnya dia tak bagi saya jadi pelakon, dia kata industri ini sangat bahaya sebab itu dia tidak lagi berada di dalam industri." "Dia tak pernah bagi tips dan tak pernah cakap tentang lakonan dengan saya. Jadi saya buat sahaja dan tengok filem-filem dia sebelum ini."
"Tapi saya nak elakkan untuk mengingati perkara itu sebab saya sangat beremosi dan mudah menangis." Dalam pada itu, Alya mengakui telah membuatkan ramai peminatnya kesal namun dia tetap menghargai sokongan mereka. "Saya tahu saya kecewakan ramai peminat saya tetapi saya mahu ucapkan terima kasih kepada mereka semua kerana tetap menyokong saya." Dalam masa yang sama, aktres berusia 23 tahun itu turut mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu social anxiety (Gangguan Kebimbangan Sosial). Masalah tersebut telah menjejaskan keyakinannya untuk menjadi model di pentas peragaan. "Sebenarnya saya ada social anxiety dan saya tak suka pentas. Tahun lepas saya buat (catwalk) hanya untuk beranikan diri sahaja dan buat keputusan untuk tidak melakukannya lagi. "Ketika ini pun kalau saya jumpa ramai orang saya akan menggigil." Sumber - TikTok Nona, OhBulan WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
anony-mous replied at 9-8-2024 03:58 PM
Jd pelakon tu xde la malukan sgt nama bapak ko. Tp pegi jg pompuan simpanan tu lg teruk. Xmalu plak ...
ADVERTISEMENT