KUALA LUMPUR – Ringgit yang telah menyaksikan pengukuhan signifikan sejak akhir-akhir ini dijangka kembali stabil kepada paras antara 4.40 dan 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini. Pengarah Urusan Capital Dynamics, Tan Teng Boo berkata, ringgit mengukuh terlalu pantas daripada paras sebelum ini dan sekiranya berterusan, ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan perniagaan tempatan. “Sekiranya ringgit mengukuh terlalu laju, ia boleh menjejaskan perniagaan berorientasikan eksport. Sama ada ringgit mengukuh atau melemah, akan ada perniagaan yang mendapat manfaat dan ada juga yang terjejas. “Situasi terbaik ialah mata wang tempatan mengukuh secara beransur-ansur supaya pengguna dan perniagaan dapat sesuaikan diri dengan perubahan,” katanya kepada pemberita di sini. Mengulas potensi ringgit mengukuh kepada bawah paras 4.00, Teng Boo berkata, ia boleh berlaku dalam tempoh jangka panjang, namun dipengaruhi banyak faktor seperti risiko kemelesetan ekonomi AS, serta kedudukan ekonomi China.
Sementara itu, Teng Boo akan memberi taklimat berhubung pelbagai isu yang berkaitan dengan tajuk Where is China Heading dan memberi tips terbaik berhubung pemilihan kaunter saham berpotensi pada 7 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sumber: KOSMO |
suri33 replied at 9-8-2024 12:42 AM
Hahaha yolah. Kerajaan madani apa pun ok. Kalau tak dulu 4.00 pun kena caci teruk dh terpaling nak b ...
ADVERTISEMENT