CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kamal Adli nafi ada masalah disiplin, gagal patuh ‘call time’ - “Saya rasa benda ini tidak ada isu. Ini perkara lama”

8-8-2024 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37029| Komen: 28



Pelakon Kamal Adli menafikan khabar angin dirinya mempunyai masalah disiplin kerana gagal mengikut ‘call time’ yang ditetapkan pihak produksi.

Tampil mempertahankan dirinya, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, berkata, dia tidak pernah mempunyai masalah sebegitu sepanjang bekerja selama 15 tahun sebagai anak seni.

“Saya sudah berlakon selama 15 tahun dan tiada masalah pun dengan isu ‘call time’. Sebagai pelakon, saya sendiri tahu nak ikut ‘call time’ macam mana.

“Contohnya, kalau ‘call time pukul 8 pagi, saya tidak akan sampai tepat pada waktu sebab saya bukan jenis yang akan bersarapan dan bersolek seperti pelakon lain.

“Ketika tiba di set penggambaran, rambut pun sudah siap cuma tukar baju untuk berlakon,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan filem Takluk: Lahad Datu di sini, hari ini.

Tambah suami kepada pelakon, Uqasha Senrose itu, dia tidak berasa risau dengan dakwaan tersebut kerana individu yang sudah bekerja dengannya sebelum ini.


“Individu yang pernah dan biasa bekerja dengan saya pasti tahu perkara ini.

“Saya rasa benda ini tidak ada isu. Ini perkara lama,” katanya lagi.

Terdahulu, sebuah produksi mendakwa Kamal gagal mematuhi masa penggambaran yang ditetapkan selain menyusahkan kru produksi yang terlibat.

Selain Kamal yang menjayakan watak Jai iaitu anggota khas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Komando VAT69, filem tersebut turut dibintangi Syafiq Kyle, Fikry Ibrahim dan Eman Manan.

Filem arahan Zulkarnain Azhar akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Ogos depan. 

Sumber: KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 9-8-2024 12:53 AM
Maknanya mmg dia tak dtg on time lah kan…
Quote akuHavocczz 9-8-2024 01:06 AM
Heols last year ke last 2 year ada keluar filem. Masa tayangan perdana, filem tu semua orang kena sidai ya sebab heols tak datang lagi. Movie supposed start pukul 8.30, pukul 9 lebih camtu baru start sebab sebelum movie tu start semua pelakon kena bagi sepatah dua kata and dia ni hero filem tu. Tapi diaorang tak cakap straight forward pelakon mana lewat. Tapi kitaorang tahu lah dia sebab pelakon lain semua dah masuk hall
Quote hyie 9-8-2024 02:06 AM
macam pernah terbaca dulu pasal kisah heols selalu lambat masuk set atau apa gitulah..zaman awal2 keluar hero remaja kot. Dah tak ingat sangat.
Quote codenamedream 9-8-2024 03:20 AM
Dulu Michael Ang pernah meroyan buat IG live sebab pelakon utama lambat datang. Heols la orang yg dimaksudkan Michael.

Quote anony-mous 9-8-2024 03:31 AM
Xkan ko sekali dtg lambat jd isu, mesti byk kali. Tp ni 1st time i rasa media tulis dgn terang n jelas. Based on komen porumer atas2 ni, byk dah kena sorok cerita. Mmg jenis bermasalah dia ni
Quote Carcosa 9-8-2024 03:49 AM
Penat jaga baby ke bang?
Quote fattymah 9-8-2024 07:59 AM
Ko susahkan ramai org noks.. time is gold kekdahnya.. main Tt kelek bini dgn anak jela pasni
Dahla makin gems
Quote virgocircus 9-8-2024 08:04 AM
Ko dah tau kl ni jemmmm dtglah awal. Gerak Dari rumah awal.
Quote Sendawg 9-8-2024 08:25 AM
Weh kalu Muaz sondol Bella dan disanjung ramai boleh tak lelaki sondol bini heols ni?
Quote kepingbewok 9-8-2024 08:33 AM
species yg menyusahkan org and tak rasa bersalah menyusahkan org dgn perangai tak reti hormati masa dia.itu yg blh comment mcm xde apa.ko tak reti hormat masa,rezeki ko pun akn tah kemana2 bang..
Quote KamikuP 9-8-2024 09:29 AM
pATUT LE kene luku kat Spore.. huhuh
Quote cattiecute 9-8-2024 09:31 AM
kalau call time pukul 8 ko kata datang lambat sikit tak bersarapan la mekap la
datang je la awal bongok
tak rugi sesen pun datang awal
kot crew nak discuss2 ke apa ke
ko tetiba datang tukar baju p belakon macam acah2 pro pulak
tengok muka pun tau bodoh
Quote sangbara2020 9-8-2024 09:57 AM
dia nih jenis busuk ke...serabai..iolls is xsuka dia nih drp dulu ...
Quote razzia 9-8-2024 01:09 PM
mesti jenis jam bunyi berdering2 tak reti nk bangun .tido mati org kt
Quote I.K.A888990 9-8-2024 01:19 PM
tapi kenapa baru skrg wartawan soksek tanya pasal ni. mesti bukan first time kan berlaku..macam tiba je tanya benda yg dah lama berlaku katanya...
dia lambat ke dtg premier filem lahad datu tu
Quote cicicumel 9-8-2024 01:26 PM
sangbara2020 replied at 9-8-2024 09:57 AM
dia nih jenis busuk ke...serabai..iolls is xsuka dia nih drp dulu ...

Kalu camera focus kt mulut dia lagi lah geli..gigi dia x cantik..
Quote hokeypokey 9-8-2024 01:47 PM
kerja btul2 kamal, kang kena tinggal dek bini jelita ko tu kang baru ko tahu, jgn bini kena sondol plak nanti..
Quote Sendawg 9-8-2024 03:23 PM
hokeypokey replied at 9-8-2024 01:47 PM
kerja btul2 kamal, kang kena tinggal dek bini jelita ko tu kang baru ko tahu, jgn bini kena sondol p ...

Aku nak bini dia boleh? Asal takleh pulak, Muaz bbnu tu boleh je sondol Bella dan disanjung
Quote hokeypokey 9-8-2024 04:04 PM
Sendawg replied at 9-8-2024 03:23 PM
Aku nak bini dia boleh? Asal takleh pulak, Muaz bbnu tu boleh je sondol Bella dan disanjung
...

Tak boleh!!! Kena rebut ngan aku dulu, hehehe.. jom sondol bini dia hahaha

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.087747 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top