JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan berjuta-juta udang kecil yang naik ke darat dan berkumpul di muara sebatang sungai di Gorontalo, Sulawesi, lapor saluran berita Detik semalam. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bj_story26, beberapa penduduk tempatan dilihat menangkap udang-udang tersebut. Malah, ada yang meletakkan udang itu di dalam botol dan beberapa baldi yang dibawa dari rumah. Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Erfin Simpi berkata, fenomena itu pertama kali berlaku dan mengejutkan orang ramai. “Yang kami tahu, fenomena udang naik ke darat ini pertama kali berlaku,” kata Erfin. “Jadi saya menangkapnya dengan tangan. Udang yang ditangkap ini saya letak di dalam dua baldi berwarna putih dan hijau. Ada juga di dalam botol,” tambahnya. Fenomena itu dikesan sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) di Sungai Taludaa kelmarin. – AGENSI Sumber: KOSMO |
Carcosa replied at 9-8-2024 12:43 AM
Sorry, meols tau tak baik ckp geli dkt haiwan2.
Tapi meols takboleh laaa tgk binatang beramai2 mcm t ...
dua_chzy replied at 9-8-2024 01:55 AM
Tabur tepung, gaul2 - dah boleh buat cucur udang. Garam takyah, dah masin.
nysha replied at 9-8-2024 12:53 AM
Kdg haiwan2 laut ni boleh tau ada perubahan pada dasar laut..melarikan dirikah udang2 sekalian?
dua_chzy replied at 9-8-2024 01:55 AM
Tabur tepung, gaul2 - dah boleh buat cucur udang. Garam takyah, dah masin.
asamfish replied at 9-8-2024 02:39 AM
kawan2 iraqi meols panggil udang ni ulat laut.....and depa tak makan....sbb ulat katanya....hehehe ...
Carcosa replied at 9-8-2024 02:49 AM
Yyerk uwek!
Bila chuols ckp ulat laut, lagi meghomangggg bulu2 meols
B40tastePosh replied at 8-8-2024 06:46 PM
Tak payah bawang ke ticer?
jejaka_hensem replied at 9-8-2024 03:49 AM
Kenapa letak dlm baldi putih dan hijau?
Kenapa bukan warna biru dan hitam?
asamfish replied at 9-8-2024 02:40 AM
perghhhhh...sedapnyaaaaa....nak2 pulak bila letak udang byk2. udang kecik2 ni sedap kalau buat sa ...
fattymah replied at 9-8-2024 08:11 AM
Tsunami kan kat jepun semalam
SalenaGomez replied at 9-8-2024 09:14 AM
Buat cucuq udang pon sodap. Skrg ni boleh kira bape ekor je udang dlm cucuq tu
asamfish replied at 9-8-2024 02:39 AM
kawan2 iraqi meols panggil udang ni ulat laut.....and depa tak makan....sbb ulat katanya....hehehe ...
afie_m replied at 9-8-2024 10:09 AM
betul ke
ADVERTISEMENT