CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurus acara dedah tarikh live perkahwinan diraja Pahang

8-8-2024 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39114| Komen: 93


PETALING JAYA – Puteri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh pengurus acara yang mengendalikan majlis tersebut, Teja Market pada hantaran TikTok hari ini.

Pada poster yang dimuat naik, majlis tersebut diberi nama ‘Langit Cinta’ Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Puteri Afzan dengan pasangannya, Fd Idzham Fd Iskandar.

Istiadat itu bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada 22 hingga 25 Ogos bertempat di Tasek Kotasas, Kuantan.

Bahkan, posting tersebut turut diulang siar menerusi TikTok @cmspahang yang difahamkan merupakan akaun peribadi Tunku Azizah Aminah.

Berdasarkan pemerhatian, akaun peribadi baginda pernah membuat siaran langsung selain hantaran dimuat naik berkaitan masakan serta majlis dan acara dihadiri keluarga diraja.


Menjawab pertanyaan orang ramai, Teja Market memaklumkan ada menyediakan skrin besar untuk tontonan rakyat Pahang bagi majlis tersebut.

“Nanti ada ‘live big screen’ (skrin besar siaran langsung) untuk semua rakyat nak tengok lintas langsung perkahwinan diraja,” katanya.

Perkongsian poster itu mendapat maklum balas positif daripada pengguna media sosial yang meninggalkan komen tahniah selain tidak sabar menantikan perkahwinan diraja tersebut.

“Tolong buat ‘live’ TikTok bagi sesiapa. Kedah nak pergi, Pahang jauh,” kata seorang pengguna TikTok.

“Alhamdulillah kami rakyat Pahang, tapi tinggal jauh. Harap ada siaran lintas langsung, kami nak tengok Tengku Puteri,” kata individu lain.

Selain itu ada yang bertanya sama ada rakyat boleh menghadiri majlis tersebut dan Teja Market mengesahkan perkara tersebut.

“Boleh (hadir), kami ada pelbagai ‘vendors’ makanan tradisional Pahang. Turun ya, datang ya,” katanya. 


Sumber: KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 8-8-2024 10:46 PM
What does "Fd" stand for?
Quote hyie 8-8-2024 11:01 PM
mawardia replied at 8-8-2024 10:46 PM
What does "Fd" stand for?

kan, fes taim iols jumpa nama gini
Quote gigahertz 8-8-2024 11:09 PM
mawardia: What does "Fd" stand for?

Fuad rasanya.
Quote azimodin 8-8-2024 11:09 PM
mawardia: What does "Fd" stand for?  ...

Fateh Din. Bapak MD Glomac sekarang nama Fateh Din.. i rasa geng2 ambik nama bapak jadi family name gite cam alyahya.
Quote prince_marhaen 9-8-2024 08:00 AM
COUNTDOWNNNNNNNNNN.... family LeMaK, TinTini, JahLopPorn counting for cheap publicity in 5....4....3...2...1



sian lemak & mak pisau cukur cakaran masuk family prominent tak berjaya lagi...
Quote kotakbaju 9-8-2024 08:03 AM
Sapa orang pahang buleh le pi makan nasik minyak @Jitu
Quote ezacbee 9-8-2024 08:45 AM
Makan2 berbayar ye bukan free..
Quote SalenaGomez 9-8-2024 08:56 AM
mawardia replied at 8-8-2024 10:46 PM
What does "Fd" stand for?

Itulah, mesti ada stand for something. Mcm tulis Mohd tu maksud mohamad.
Quote Suchi 9-8-2024 08:56 AM
Knp poster terlalu marhaen
Quote SalenaGomez 9-8-2024 08:57 AM
ezacbee replied at 9-8-2024 08:45 AM
Makan2 berbayar ye bukan free..

Aik… xkan lah… kenduri marhein pon free jahhh
Quote sayurmayur88 9-8-2024 08:58 AM
"Fd" tu gelaran ker??
Quote tokchik 9-8-2024 09:03 AM
mawardia replied at 8-8-2024 10:46 PM
What does "Fd" stand for?

fakeh din
Quote pocongkiutss 9-8-2024 09:04 AM
Kalau iols..taknak iols dgn bekas lemak ni..teghuna lagi kew
Quote Samerosie 9-8-2024 09:53 AM
Oh cucu FD Mansor, ex boss arwah my dad kt utusan dulu sebelum jadi kaya raya buka Glomac...hahahaha
Quote ezacbee 9-8-2024 09:59 AM
SalenaGomez replied at 9-8-2024 08:57 AM
Aik… xkan lah… kenduri marhein pon free jahhh

Kat padang tu takat tengok live je. Makan2 kenalah bayar. Ala2 food festival. Sbb ada org komen ada makan free ke? Makan berbayar cikkk
Quote ezacbee 9-8-2024 09:59 AM
Samerosie replied at 9-8-2024 09:53 AM
Oh cucu FD Mansor, ex boss arwah my dad kt utusan dulu sebelum jadi kaya raya buka Glomac...hahahaha

Org utusan boleh kaya raya.. fuhhhh
Quote dagusengett 9-8-2024 10:00 AM
Wowwww 7 hari 7 malam
Quote dagusengett 9-8-2024 10:01 AM
ezacbee replied at 9-8-2024 08:45 AM
Makan2 berbayar ye bukan free..

Ishhh tak kottt
Quote Samerosie 9-8-2024 10:02 AM
ezacbee replied at 9-8-2024 09:59 AM
Org utusan boleh kaya raya.. fuhhhh

Lps pencen utusan dia buka glomac.  ytjt.  Tu office kat kelana jaya.  buka seafood restaurant, rega yahudi mamak le, tapi seafood nya kecil2 last2 lingkup.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036433 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top