CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempa bumi kuat gegar Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

8-8-2024 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32187| Komen: 2



TOKYO – Gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 menggegarkan selatan Jepun hari ini tetapi tiada kerosakan besar dilaporkan dan cuma ombak kecil tsunami melanda pesisir pantai, lapor saluran berita CNA.

Gempa itu berlaku pukul 4.42 petang (waktu tempatan) di luar pantai Kyushu pada kedalaman 25 kilometer, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS pada awalnya melaporkan dua gempa bumi kuat dengan magnitud 6.9 dan 7.1 tetapi kemudian menyatakan hanya satu gegaran berlaku.

“Kesilapan ini telah diperbetulkan. Terdapat hanya satu gempa bumi,” kata USGS.

Badan penyiaran awam NHK memaparkan rakaman lampu isyarat bergegar kuat di Miyazaki, pantai tenggara Pulau Kyushu.

“Saya berasa gegaran ini selama 30 saat hingga satu minit,” kata seorang pegawai tempatan kepada NHK.

Badan penyiaran itu turut melaporkan bahawa tiga orang cedera di Miyazaki tetapi tidak menyebut tahap kecederaan mereka.


Ombak tsunami setinggi 0.5 hingga 1 meter dijangka dan telah tiba di sesetengah kawasan pantai di Kyushu dan Kepulauan Shikoku, kata NHK.

Agensi penyiaran itu menyatakan, tsunami kecil juga mungkin berlaku di Chiba, kira-kira 850 kilometer dari pusat gempa. – AGENSI


Sumber: KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 9-8-2024 04:19 PM
innalillah...


moga Malaysia dilindungi drp musibah. aamin
Quote ultra78 9-8-2024 07:29 PM
Udang naik ke darat tak?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.075528 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top