Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dikhabarkan akan melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat. Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu didakwa dibuat susulan kontroversi kehadiran ahli keluarganya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris. "Melihat pelbagai reaksi ketika ini, perasaan saya menyatakan perlu meletakkan jawatan daripada BAM." "Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita." Pada Mei lalu, Mohamad Norza meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin BAM selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos. Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono. "Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini. Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara."
"Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini." Terdahulu, Mohamad Norza terpalit kontroversi susulan kehadiran ahli keluarganya di pertandingan Sukan Olimpik 2024 di Paris. Mereka juga dilihat memakai kad akreditasi, namun Mohamad Norza menjelaskan bahawa mereka memiliki kuota khas berasingan untuk membawa tetamu sendiri. Sumber: Sinar Harian, Oh Bulan WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
ADVERTISEMENT