Penyanyi Shila Amzah, 33, mungkin tidak akan hamil lagi kerana mahu memberikan sepenuh fokus untuk membesarkan dua anaknya dan kerana mempertimbangkan risiko disebabkan faktor usia. Memetik OhBulan, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila binti Amir Amzah mendedahkan untuk tidak hamil susulan menjawab persoalan wargamaya yang bertanya mengapa dia berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi. Selain itu, anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu, berkata agak berisiko sekiranya dia hamil lagi memandangkan telah menjalani dua kali pembedahan sewaktu melahirkan Seth dan Rhea. "Kita nak anak-anak kita dapat 100% perhatian semampu kita. Lagipun saya dah dua kali caesar, jadi untuk hamil lagi kena tunggu 3 tahun. Masa tu juga usia saya dah mencecah 37, jadi ia agak berisiko untuk saya hamil lagi." Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu lagi, kelahiran kedua-dua cahaya matanya itu juga melalui pembedahan kecemasan.
"Sebelum ni, kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kecemasasan. Jadi cukuplah, dah sepasang."
|
I.K.A888990 replied at 8-8-2024 05:15 PM
rezeki kaka shila dpt anak sepasang
tapi awat netijon sibuk duk tanya dia taknak ka nak tambah anak ...
jihyomelly replied at 8-8-2024 06:36 PM
biar la badan dia..umur pun dah late 30’s ubai tak komen netizen pulak lebih2..
rayna_raynes replied at 10-8-2024 08:09 PM
She baru 33
DARSITA replied at 11-8-2024 02:37 PM
Tak baik ckp mcm itu guna la alasan lain spt sekarang time membesarkan anak2 kalau Tuhan bagi rezeki ...
ADVERTISEMENT