Isteri kepada aktor Aman Graseka iaitu Reena Arina, 34, memberitahu suaminya masih bergiat aktif sebagai pelakon. Kata Reena, sebuah naskhah terbaharu lakonan suaminya berjudul ‘Pungut’ bakal menerjah pawagam pada hujung Ogos ini. "Abang (panggilan Aman) masih berlakon lagi, masih aktif. 29 Ogos ini akan keluar filem baru lakonan abang." "Tajuk filem itu ‘Pungut’, akan keluar di pawagam nanti. Jangan lupa pergi tengok dan support." Reena berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini. Menerusi sesi sama, Reena berkata, dia dan suami kini menjalankan perniagaan menjual pencuci mulut ‘jellyball’ di Tapak Bazar Ramadan Wismaria, Sungai Petani, Kedah.
Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Aman tiada sumber pendapatan sehingga terpaksa meminjam wang daripada beberapa rakan artis. Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis oleh Aman dengan mengatakan dia tidak pernah menagih wang daripada sesiapa kecuali kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekatnya. Sumber: Oh Bulan WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
cattiecute replied at 8-8-2024 02:05 PM
masuk jugak live dorang ni dalam fyp iols
nampak sedih jugak la
tapi teringatkan kes si aman graseka ...
manehnya replied at 8-8-2024 03:34 PM
takat jelibal tu, pack2 hantar kt vendor pastu ptg bleh dok diam2 kt umah jaga anak..
tgk jelah m ...
cattiecute replied at 8-8-2024 02:05 PM
masuk jugak live dorang ni dalam fyp iols
nampak sedih jugak la
tapi teringatkan kes si aman graseka ...
Lily_Elizabeth_ replied at 8-8-2024 07:33 PM
Anak dia kurus tak gebu. Tak cukup susu dan makanan. Anak orang kaya yang muka biasa biasa cam anak ...
anony-mous replied at 8-8-2024 08:51 PM
I baru nk ckp, ank i pon kurus sbb memilih mknan n genetik kurus tp bila tgk video atas tu, alamak ...
Lily_Elizabeth_ replied at 8-8-2024 10:15 PM
Kannn.
Manusia terbentuk comey sebab pemakanan. Rupa bentuk boleh diubah dgn diet pemakanan bagus ...
anony-mous replied at 8-8-2024 08:48 PM
Xpyh kesian. Bini dia ni mcm saiko jah. Kan bini dia rajin wasap retis2 lain mntk sedekah. Bila ad ...
cattiecute replied at 8-8-2024 05:30 PM
bagi iols jelly ball jual gitu
tak semestinya orang beli
tambah2 dia bini retis
manehnya replied at 9-8-2024 09:01 AM
hahah, dia malas la tu, ckp nk tambah menu buat air lumut tu dr bulan lepas aku dengar, tapi tak s ...
ADVERTISEMENT