CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Pergi Disko Untuk Have Fun Memang Tak Pernah, Saya Tak Rasa Bosan Pun’ - Demi Kerjaya, Siti Nurhaliza Tak Menyesal Hilang Zaman Remaja

8-8-2024 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15497| Komen: 156




Kebiasaannya setiap orang menghabiskan masa remaja dengan berhibur, keluar berseronok bersama kawan-kawan, melancong dan sebagainya tetapi pengalaman itu semua tidak dapat dirasai sepenuhnya buat seorang penyanyi terkenal negara.

Bagaimanapun, Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah menyesal kehilangan zaman remajanya kerana memilih memfokuskan diri untuk menempa nama dalam industri seni.

Menerusi podcast Apa Cerita?, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45. mendedahkan dia melalui zaman remaja yang berbeza berikutan tuntutan kerja yang sangat sibuk.


"Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Saya tak ada masa nak melepak, nak keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok. Umur 17 tahun terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti."


"Pergi disko waktu remaja untuk have fun memang tak pernah dalam hidup saya. Saya tak rasa bosan pun."

"Saya tak pernah rasa rugi tak pernah pergi ke sana sebab jadual saya penuh dengan kerja."

Menurut pelantun lagu Dialah Di Hati itu, dia sama sekali tidak merasa menyesal kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat hiburan malah bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang banyak memberi nasihat.

"Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tak ada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling. Jadi setiap kali bersama mereka, saya sering dinasihati."

Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa, Siti pernah berasa penat dengan kerjayanya namun atas nasihat ibu, dia tetap cekal menggalas tanggungjawab sebagai anak seni.



"Bohong la kalau kata tak ada keadaan di mana saya rasa nak berehat, tapi ini adalah keputusan yang saya pilih dan tanggungjawab. Jadi tak boleh nak merungut.

"Pernah dulu saya kena pergi ke Indonesia untuk promosi lagu Aku Cinta Padamu dan saya mengadu dekat mak, ‘penat mak, Siti tak nak’."

"Mak kata, ‘kamu pergilah sekejap, selesaikan kerja-kerja tu nanti kamu rehat la.’

"Pujukan itu membuatkan saya lakukan juga. Tapi bila tengok sekarang, itulah kesusahan dan pengorbanan yang saya buat dan saya boleh berada di keadaan sekarang."

Apa pun, pengorbanan di waktu remaja kini sudah membuahkan hasil dimana Siti Nurhaliza telah menjadi penyanyi terkenal bukan sahaja di Malaysia, Asia malah dunia.


Sumber: Podcast Apa Cerita?, Oh Bulan










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 8-8-2024 03:00 PM
Sekejapnya dah 45
Quote cattiecute 8-8-2024 03:01 PM
mohon acik F zaman paleolitik, neolitik dan zaman logam masuk memberi sepatah dua bicara.
iols bbnu di sini
Quote hyie 8-8-2024 03:12 PM
iya sis, sheols sedari album pertama lagi, show back-to-back non-stop gitulah konsepnya. Dalam 30 hari tu, sehari je cuti ataupun tak cuti langsung. So, kalau sekarang ni sheols nak bercuti ke apa ke jalan kat Dubai setahun ke, toksah la orang kondem dia sebab dia tak dapat buat semua tu masa zaman2 mendonia dulu. Dapat buat atas urusan kerja je. Lagipun sekarang dah kaya, berbaloilah dengan 'kos melepas' tu..
Quote anilanil 8-8-2024 03:34 PM
Tokti bukan macam janet lipis yg suka have fun kat disco ngan kawan retis dia acik sendat. Sebab tu career tak ke mana. Nak jadi retis tak berjaya, bukak hair salon pon tutup.
Quote asudau 8-8-2024 04:41 PM
teringat masa tokti remaja, kuku kaki dia tercabut akibat dipijak para peminat yang berkerumun...kesian tokti zaman tu...

sejak dia kawin ngan tok k, I dah tak minat dah dia..tak tahu la kenapa
Quote September14 8-8-2024 04:45 PM
Ramai je org x pernah g disco cuma pilih laki tua tu yg erkkk sikit… tapi sekufu lah kut
Quote nuhanis 8-8-2024 04:48 PM
Tak menyesal hilang zaman remaja
Tapi perangai acah2 remaja tak hilang sampai sekarang
Quote sleepandream 8-8-2024 04:50 PM
POV iols pulak... lagi menyesal kalau melepak and fun2 dgn kawan waktu muda, tapi ujung2 kawan pun tah kemana dengan hidup masing2. takde istilah berkorban pun kalau enjoy dgn benda yg kita suka buat. memori jadi retis paling top pun lagi bermakna sambil tido tersenyum mimpi duit kepok2 dalam bank.
Quote shilohbaby 8-8-2024 05:18 PM
i think macam tak sesuai jer seorang penyanyi/ entertainer cakap mcam ni...sedangkan mereka lah instigator hiburan..kelab malam, concerts, or what have you...dia tak sedar ke dia penyanyi dan penyumbang besar to hiburan....
Quote dagusengett 8-8-2024 06:21 PM
Well what to do
You kena kerja nyanyi cari makan
Kita masuk uni seronok belajar
Masuk disko tu amik pengalaman je
Tak minat pun that lifestyle
Masuk kerja pun ada downtime event2 dgn colleagues and clients
Time serius buat serius time seronok buat seronok
Quote sharlenetexas 8-8-2024 08:15 PM
Adakah ayie mengawal ketat?

Alah 40s boleh je gi rumah peranakan hyatt saujana dengar live band.

Quote makcun14 8-8-2024 08:37 PM
gitchuuu sesuci lebaran yach. Night club tak pijak tapiiiii kebun orang tetap disondol.
Quote hashashes 8-8-2024 08:38 PM
anilanil replied at 8-8-2024 03:34 PM
Tokti bukan macam janet lipis yg suka have fun kat disco ngan kawan retis dia acik sendat. Sebab tu  ...

Agak susah meols nak decode orang yg chuols Maksud kan ni
Quote arffa 8-8-2024 09:21 PM
hashashes replied at 8-8-2024 08:38 PM
Agak susah meols nak decode orang yg chuols Maksud kan ni

Si Sekrah
Quote kaedahnya 8-8-2024 10:05 PM
acik sendat tu siapa pulak? saidah? gitu i menuduh
Quote haniasyira 8-8-2024 10:13 PM
Edited by haniasyira at 8-8-2024 10:14 PM
hashashes replied at 8-8-2024 08:38 PM
Agak susah meols nak decode orang yg chuols Maksud kan ni


Janet lipis yg anaknya baru2 ni dapat pegi los enjeles untuk perfoming arts gitoohh
Quote tukul 8-8-2024 10:30 PM
shilohbaby replied at 8-8-2024 05:18 PM
i think macam tak sesuai jer seorang penyanyi/ entertainer cakap mcam ni...sedangkan mereka lah inst ...

Skrg kan dah suci u..tiap tahun gi mekah..derma Palestine...tp konsert makin tua makin lebat...tak faham i
Quote sapeka 8-8-2024 10:41 PM
kaedahnya replied at 8-8-2024 10:05 PM
acik sendat tu siapa pulak? saidah? gitu i menuduh

Fohsha sondah uols
Quote cm_vungtau 8-8-2024 10:48 PM
Memang la tak kisah zaman remaja hilang. Ko fast forward kawin si kertu terus Jangankan remaja hilang, 20s 30s pun hilang

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057726 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top