Misteri kehilangan seorang penyanyi Indonesia, Irma Novitasari sejak Januari lalu akhirnya terungkai susulan penemuan mayat mangsa di sebuah kebun di Kabupaten Bandung, Jawa Barat. Mangsa iaitu Irma yang berusia 24 tahun itu dikhabarkan sedang hamil lima bulan dan lebih mengejutkan apabila mengetahui dalang di sebalik kematian mangsa adalah suaminya sendiri, Asep Saepudin, 23. Menurut sumber, Asep dengan bantuan tiga lagi rakannya telah membunuh mangsa menggunakan golok sebelum bertindak menanam mayat mangsa di belakang rumah salah seorang suspek. Difahamkan, keluarga tidak dapat menghubungi mangsa sejak 13 Januari lalu meskipun pelbagai usaha telah dilakukan. Malah suspek pernah memaklumkan kepada mereka bahawa isterinya itu sedang bekerja di luar. Namun siapa sangka, beberapa bulan kemudian ada individu mengatakan kepada mereka bahawa tidak perlu mencari mangsa kerana wanita itu sudah mati dibunuh.
Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan dan akhirnya menemui lokasi mayat mangsa ditanam. Keempat-empat suspek telah ditahan dan suami mangsa mengaku telah membunuh isterinya itu dan ternyata perancangan pembunuhan itu telah dirancang sejak tahun 2023 lagi. Suspek memberitahu dia nekad berbuat demikian kerana mengesyaki isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Meskipun tidak terbukti kesahihannya, suspek masih nekad membunuh mangsa. Sumber: Acheh Tribunnews, Insertlive, Detik.com, Oh Bulan |
Belibis replied at 9-8-2024 03:04 PM
Nama lain2,komen sama..tam pamham akum.[em:3:]
ADVERTISEMENT