CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik B Jawab Dakwaan Hidup Hanya Tumpang Kesenangan DSV – ‘Mungkin Saya Tak Akan Jadi Hebat Seperti Mama Tapi..’

7-8-2024 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6865| Komen: 47


Pempengaruh dan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil menjawab dakwaan dia menumpang kesenangan ibunya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B mendedahkan terdapat seorang individu telah meninggalkan komen sedemikian di salah satu hantarannya.


"Sekarang Cik B menumpang hidup dengan mak, sampai bila..orang tua tak ada kau terkapai-kapai. Duit segunung habis sekelip mata."

"Awak kena belajar berdikari, boleh survive tak."

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen berkata, dia sering dihujani dengan persoalan tersebut terutama daripada warganet.

"Kadang saya tak faham, kenapa orang persoalkan kehidupan saya. Kebanyakannya datang daripada orang yang sebangsa dan seagama dengan saya."


Tidak berdiam diri, Cik B tampil membalas kritikan tersebut dengan menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan beruntung kerana dikurniakan ibu seperti Vida.

"Mama bekerja keras siang dan malam untuk pastikan kami tidak hidup susah.

"Saya sangat bersyukur dianugerahkan seorang ibu yang hebat, yang dapat penuhi keperluan dan kemahuan saya."

Justeru itu, gadis berusia 19 ini memohon doa agar dia dapat menjadi seorang yang hebat seperti ibunya.

"Saya kagum sangat dengan mama, yang membuatkan saya bercita-cita untuk menjadi seperti dia satu hari nanti.

"Mungkin saya tak akan menjadi hebat seperti mama tapi harap awak semua boleh doakan saya, semoga saya jadi seorang yang berjaya macam mama."

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat dan menasihati Cik B agar tidak mengendahkan kecaman di media sosial.


Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 7-8-2024 10:35 PM
Ingatkan dsv peluk negro mana tadi
Quote ninja boy 7-8-2024 10:37 PM
Untungla mak kaya raya, kau hanya sambung je bisnes mak
Quote Tumpang-Sibok 7-8-2024 10:44 PM
Yuj! mak kau tu proxy.. scammer.

Vida coin apa dah jadi?
Quote prince_marhaen 8-8-2024 08:06 AM
Ingatkan dah besar glow up, kata tokbida dulu kecik lagi, tak sesuai makan product dia, tunggu besar nanti makeover...sampai ke sudah kepam busuk berkerak ye... duit kepok-kepok cuci cuci dobi tak habis lagi khenss...kata lah bisnes konon..
Quote sayurmayur88 8-8-2024 08:22 AM
yes, tu rezeki dia lahir dalam keluarga kaya raya, senang hidup..
no need iri, dah itu Allah kurniakan kpd dia..
Quote mekfazura 9-8-2024 08:33 AM
KALAU TUMPANG SEKALI PUN APA NAK KESAH... MAK DIA MMG CARI UTK DIA... KALAU KORANG PUN NAK TUMPANG, BOLEH SUNDALKAN PAK KORANG KAT DSV... MAK DIA CARI MMG UTK ANAK2NYA. LAINLAH MAK PAK ORANG... MALAS
Quote matseh 9-8-2024 09:51 AM
Teringat Usup. Protege DSV.
Quote tukul 9-8-2024 09:52 AM
Cik B ni umur brp eh..level sekolah menengah atau level kolej
Quote TomyamPuteh 9-8-2024 10:05 AM
Kalau anak anak sendiri yang tak sakau harta mak bapak, sape lagi?
Quote Alvida 9-8-2024 12:54 PM
tukul replied at 9-8-2024 09:52 AM
Cik B ni umur brp eh..level sekolah menengah atau level kolej

dah level jd bini  org umur 19 kan.tp syg nk jd jantan sampai ke mampus
Quote syamzana 9-8-2024 01:00 PM
pelik iols org persoalkan menumpang harta mak dia, dah sah2 harta berkoyan hasil cucian tu utk anak2 dia mcm korang la jugak kerja bagai nak mampus mesti la utk anak2 hidup senang.
tapi bab kepam gundu mmg diakui ya...dah duit byk bljr pun tak setara mana at least biar la orgnya bersinar2 glowing sebatu org dah nmpk.

done bekap dan keji
Quote cantthinkofany 9-8-2024 01:10 PM
green~tea replied at 7-8-2024 10:35 PM
Ingatkan dsv peluk negro mana tadi

tersembur kopi wa.....hahahahahahahaha
Quote Frangapini 9-8-2024 01:18 PM
Nasihat :
Pergi Sambung Belajar. Sekurang-kurangnya ada segulung Ijazah. Belajar sepenuh masa.

Aktif dalam sukan. Duit sangat banyak, masuk sukan yg mampu membawa ke Olimpik. Baling cakera ke, Climbing macam Indonesian yg dapat emas tu ke,
Harumkan nama negara. Duit sudah ada, mampu hire coach yg baik utk membimbing, Mak kenal ramai orang, mampu bawa ke peringkat yg lebih baik dalam sukan yg dipilih.

Azam utk berubah, berada dalam BMI yang baik. Mak jual product tetapi anak dara tidak upaya utk ‘cantik kulit’, cantik tubuh badan seperti yg Mak mahukan pelanggan nya membeli.


Quote akemini 9-8-2024 01:26 PM
aku pelik org camni ada plak followers
Quote green~tea 9-8-2024 01:31 PM
syamzana replied at 9-8-2024 01:00 PM
pelik iols org persoalkan menumpang harta mak dia, dah sah2 harta berkoyan hasil cucian tu utk anak2 ...

Dan aku pasti CikB masih ada kelebihan yaaaaaaaa...

Heshe masih dara

Quote youell 9-8-2024 01:34 PM
Walaupun nympah dgn mak nya yg annoying.. Iolls ada soft spot Kat cikB ni. Nmpk mcm baik & sopan budak nya & tak fake. Jd diri sendiri je dia
Quote tukul 9-8-2024 01:39 PM
Alvida replied at 9-8-2024 12:54 PM
dah level jd bini  org umur 19 kan.tp syg nk jd jantan sampai ke mampus

Oooo...dah 19 ye..belajar ke tidak eh...ke setakat buat content aje..
Quote tukul 9-8-2024 01:41 PM
Frangapini replied at 9-8-2024 01:18 PM
Nasihat :
Pergi Sambung Belajar. Sekurang-kurangnya ada segulung Ijazah. Belajar sepenuh masa.


Mmg tak belajar la ye...duit berkepuk awat tak sambung belajar dkt ozi nz sana ka..nak lg hebat mcm leona duk uk sana...
Bodo la mak dia nih..
Quote Frangapini 9-8-2024 01:55 PM
tukul replied at 9-8-2024 01:41 PM
Mmg tak belajar la ye...duit berkepuk awat tak sambung belajar dkt ozi nz sana ka..nak lg hebat mc ...

Mak & anak ..hmm entah le

Belajar lan mana2 pun kalau x mau hantar anak jauh.

Kalau berupaya sangat, hantar belajar jauh, kerana anak akan belajar susah sedikit, perlu berdikari & dari susah itu.. membentuk diri mereka.

Mak pun kaya kan, beli lah property di sana. Anak sudah ada accomadation utk ulang alik belajar. Mak pun boleh datang setiap 2 bulan tengok anak. Rumah dah ada.


Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053510 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top