Pelakon dan penyanyi terkenal dari Korea Selatan iaitu Rain sekali lagi mencuri tumpuan ramai ekoran spekulasi sebelum ini yang mendakwa nafasnya berbau ‘busuk’. Menerusi laporan Koreaboo, dakwaan itu mula tercetus pada tahun 2019 selepas bekas ahli Sech Kies iaitu Kang Sunghoon meninggalkan komen negatif terhadap selebriti lain termasuk Rain. Bukan itu sahaja, pelbagai khabar angin lain turut beredar di media sosial kerana ramai yang cemburu terhadap hubungan romantis antara Rain dan Kim Tae Hee. Namun baru-baru ini, personaliti media sosial iaitu Amy Flamy telah memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya sedang menari bersama pelantun lagu It’s Raining itu.
Video tersebut telah mendapat sebanyak 6 juta tontonan dan rata-rata daripada netizen yang bertanya kepada Amy adakah benar nafas Rain berbau seperti yang didakwa. Susulan daripada itu, Amy tampil menafikan khabar angin tersebut dan menyifatkan bahawa Rain berbau ‘divine’ selain nafasnya berbau segar seperti mint sepanjang bekerja bersama. Sumber: TikTok, Koreaboo, Oh Bulan |
ADVERTISEMENT