Memetik Harian Metro, seorang wanita berusia 20-an dan juga merupakan pensohor media sosial telah ditahan polis setelah didakwa memecah masuk rumah bekas suami dan madunya pada 22 Julai lalu. Sebelum ini, wanita itu pernah mendedahkan kisah rumah tangganya menerusi satu siaran langsung di TikTok. Difahamkan, penahanan reman itu dibuat setelah pihak polis daerah Kota Bharu ada menerima laporan daripada bekas madu wanita itu. "Wanita itu menyedari rumahnya dipecah masuk dan mendapati sliding door (pintu gelongsor) hadapan dalam keadaan terbuka." "Beberapa barangan juga didapati hilang dan pengadu juga menjumpai satu beg plastik ubat di atas meja di dalam biliknya, tertulis nama perempuan yang dikenali olehnya dan suami." Hasil siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu jeriji keselamatan dan pintu cermin hadapan.
Suspek juga mengaku telah masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan bekas madunya. Terdahulu, tular satu video memaparkan dua wanita dipercayai suspek yang mendakwa dirinya sering dikasari bekas suami selain mendakwa dirinya telah dipaksa melakukan perkara di luar batasan seperti tidur dan mandi bersama madu. Sumber : Beautifulnara |
ADVERTISEMENT