Hampir 16 tahun hidup berumah tangga dengan pasangannya, Penyampai radio Hot FM, Johan Raja Lawak berkongsi petua atau tips untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Menerusi perkongsian di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berkata, terdapat dua petua untuk memastikan perkahwinan sentiasa bahagia. Menurutnya, lelaki terutama para suami perlu tanam dalam fikiran bahawa perempuan selalu betul dalam apa jua keadaan. "Ada dua sahaja. Kalau kata ada sepuluh tu semua tipu! Lelaki semua dengar. Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul. "Yang kedua, kalau kau rasa kau betul tapi kau bergaduh, kau sepak diri kau, tengok balik nombor satu. Perempuan selalu betul."
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan petua yang dikongsikan di mana isteri gembira melambangkan perkahwinan yang bahagia. "Dia betul-betul faham konsep ‘happy wife, happy life’." "Terima kasih kerana memahami kami kaum wanita. Hidup Johan!" "Patut Johan punya rumah tangga bahagia." Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata. Sumber : Oh Bulan WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
KamikuP replied at 8-8-2024 09:38 AM
bINI DIA BETUL WPON ANAK 1ST TUMUKA ORG LAIN.. EKEKEKE
ADVERTISEMENT