Setelah mengalami kontroversi panjang, ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies dan penceraian dengan bekas isteri, Bella Astilah, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dipercayai telah menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh baru-baru ini. Menerusi perkongsian oleh seorang pendakwah iaitu Ustaz Haji Taufik di TikTok, kelihatan penyanyi berusia 33 tahun itu sedang berada di salah satu masjid di Singapura. Dalam masa yang sama, ustaz tersebut memohon agar orang ramai tidak mudah menghukum terhadap manusia yang lain. "Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?" "Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik."
"Ulama beritahu, ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana.’ Selain itu, Ustaz Taufik juga berharap aktiviti keagamaan berkenaan dapat memberi manfaat kepada mereka. "Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT." Terdahulu, pada 2021 Aliff turut berkongsi dia merasa bersyukur kerana ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mendalami ilmu agama menerusi jemaah tabligh selepas hatinya tergerak melihat satu hantaran Instagram yang dikongsi bekas penyampai radio, Faizal Ismail (FBI). Aliff juga cukup teruja berkongsi pengalamannya selama tiga hari menyertai tabligh ketika itu. Sumber : Rotikaya WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
ADVERTISEMENT