Kebelakangan ini semakin kerap kita dengar kes buli siber sampai ada individu yang bunuh diri kerana tertekan dengan caci maki di media sosial. Buli siber berlaku kepada sesiapa sahaja dan paling banyak yang dibuli adalah selebriti. Salah seorang pelakon jelita yang turut menjadi mangsa buli siber adalah Sophia Albarakbah. Walaupun skandal cinta telah berlalu dan kontroversi yang merosakkan reputasinya sudah hilang, Sophia Albarakbah tetap menjadi sasaran buli segelintir netizen di media sosial. Memetik Murai, Sophia yang kini bingung memikirkan kesilapan yang dilakukan sehingga terus-menerus dibenci dan dibuli dengan komen-komen kesat, akhirnya bersuara mengenai penderitaannya. “Sampai sekarang saya masih dibuli dalam media sosial, tidak kiralah buat salah ke tidak, orang tetap lempar kata-kata negatif tanpa saya tahu apa sebabnya,” kata Sophia. “Mungkin saya kuat dari luaran tetapi sebenarnya tidak. Saya sudah lalui macam-macam dan sehingga kini masih berusaha supaya perkara itu tidak beri kesan pada diri terutama kesihatan mental.”
Bintang filem Miimaland itu mengakui bahawa meskipun cuba menahan kesakitan emosi akibat komen-komen negatif, ia tetap meninggalkan kesan. “Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” tambahnya. Sophia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terus membulinya di media sosial. “Sebenarnya semua komen-komen itu sudah melampau tetapi saya belum lagi ambil tindakan. Namun, kalau masih berterusan, saya akan buat laporan sekiranya itu tindakan yang patut dilakukan untuk menghentikan semua ini.” Sophia turut menitip pesanan kepada netizen agar mempunyai rasa empati sebelum meninggalkan sebarang komen terhadap mana-mana pihak di media sosial. “Setiap perkataan negatif yang ditinggalkan akan memberi kesan yang buruk kepada emosi dan mental seseorang. Saya tak tahu kenapa ada netizen yang berani bertindak (tulis komen negatif), namun apa-apa pun alasan, harap mereka berhenti kerana perkara sebegitu tidak baik pun.” Pelakon itu menekankan bahawa buli siber bukan perkara remeh kerana ia mampu membawa kepada sesuatu yang lebih serius, terutama terhadap kesihatan mental dan kestabilan emosi seseorang. “Kalau orang mental tak kuat, memang akan beri kesan yang buruk. Boleh jadi akan tertekan dan bunuh diri,” jelasnya yang turut bertemu pakar terapi untuk menangani kemurungan selepas dikecam hebat. Sebelum ini, nama Sophia menjadi sasaran netizen apabila terpalit dakwaan menjalin cinta lokasi dengan penyanyi, Aliff Aziz. Walaupun skandal tersebut telah berlalu, kesan negatif dari tuduhan tersebut masih menghantui Sophia, membuatkan dia terus dibuli tanpa henti. Kesian Sophia, janganlah buli dia boleh ganggu kehidupan seharian tahu! Sumber : Rotikaya WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
ketambangkang replied at 7-8-2024 04:04 PM
fuhhh kulit dia bersih gebu ye...agaknye seketul parut pon takde
rayna_raynes replied at 7-8-2024 03:23 PM
itulah harga sebuah populariti dek. kau pun sukakan perhatian ittew so live with the good side and t ...
aemon replied at 7-8-2024 05:39 PM
semua salah birah setilah.betul2 cyber bully peah.peah pon lain kali hati2 la.mujur muka tu tak samp ...
Rogue98 replied at 7-8-2024 05:23 PM
Kena mandi bunga kut...liat sgt jodoh dia ni...dah kahwin nanti takdelah netizen nk mengata. Kau tu ...
flipolivio replied at 7-8-2024 06:19 PM
Dia ni umur berapa? Tua dah ke? Nampak mcm muda lagi..
ketambangkang: fuhhh kulit dia bersih gebu ye ...
ADVERTISEMENT