CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Saya berpendapat, program ‘back-to-back’ faktor utama kekhilafan Zahid – Nurulhidayah

6-8-2024 09:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6640| Komen: 44



KUALA LUMPUR – Nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi bualan ramai sejak Himpunan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil gara-gara tersasul menyebut "Hidup Israel" dalam ucapan pidatonya.

Namun memetik laporan MalaysiaGazette, terlalu sibuk dengan program yang bersambung-sambung sepanjang hari menjadi punca utama Ahmad Zahid Hamidi melakukan kesilapan dalam ucapan pada malam itu.

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang juga Ketua Penerangan UMNO Bagan berkata, sebagai pemimpin utama Presiden UMNO itu mempunyai jadual yang ketat dengan sebelah siang menghadiri program di Gua Musang, Kelantan.

“Saya berpendapat, program ‘back-to-back’ beliau sendiri atas kapasiti seorang pemimpin parti menjadi faktor utama kekhilafan tersebut.

“Beliau terus ke program di Bukit Jalil selepas program perasmian Mesyuarat Bahagian UMNO dan sebelum itu program penuh di Nenggiri, Gua Musang,” katanya dalam perkongsian di Instastory.


Nurulhidayah yang juga Exco Wanita UMNO bagaimanapun berkata, Ahmad Zahid tidak sewajarnya melakukan kesilapan berkenaan.

Nanum tambah beliau, Ahmad Zahid akan meneruskan perjuangan bersama-sama kerajaan untuk membantu rakyat Palestin yang ketika ini berhadapan pembunuhan beramai-ramai.

“Walaubagaimanapun, sebagai pemimpin utama parti adalah tidak wajar kesilapan ini berlaku walau atas apa alasan sekali pun

“Saya yakin, beliau tetap terus istiqamah bersama-sama kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam usaha pembebasan Palestine daripada kekejaman Israel,” kata Nurulhidayah.

Ahmad Zahid telah memohon maaf berikutan melakukan kesilapan tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kekhilafan berlaku kerana beliau menyampaikan ucapan penuh semangat dalam membela nasib rakyat Palestin.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

“Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin! Allahu Akbar,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam ucapan kira-kira selama lapan minit di hadapan kira-kira 15,000 hadirin Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tersilap menyebut nama Israel pada tempat yang salah.

Beliau tanpa menyedari telah melaungkan “Hidup Israel” dan “rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum akan terus berikan sokongan kepada Israel”.

Pihak yang tidak bertanggungjawab bagaimanapun menularkan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, Malaysia perlu menunaikan wasiat terakhir Ismail Haniyeh yang meminta supaya keadilan buat rakyat Palestin dan membebaskan negara itu daripada penjajahan Israel terus diperjuangkan.

Ia susulan amanat terakhir yang disampaikan Ismail beberapa jam sebelum dibunuh kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika bertemu di Tehran ketika menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran yang baharu.

Sehingga kini Israel telah membunuh hampir 40,000 rakyat Palestin di Gaza selain melakukan kemusnahan besar-besaran di wilayah berkenaan.




Sumber: MalaysiaGazette










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 6-8-2024 11:20 PM
Dah nyanyuk tu ngaku jelaaa..sebok dinosaur tuwe ni xsedar diri
Quote L.U.S.M 6-8-2024 11:20 PM
Dah nyanyuk tu ngaku jelaaa..sebok dinosaur tuwe ni xsedar diri
Quote B40tastePosh 7-8-2024 01:39 AM
Tua Kutuk tak sedar diri. Ada hati nak berpidato sambil berjubah Yahudi mabok.
Quote B40tastePosh 7-8-2024 01:39 AM
Tua Kutuk tak sedar diri. Ada hati nak berpidato sambil berjubah Yahudi mabok.
Quote PULANGKAN 7-8-2024 06:17 AM
anaknye pun.. lagi mengeruhkan keadaan ada la.

takde ke public relation manager ke, community advisor ke untuk damage control?
masing2 berpangkat datuk la, menteri la, tapi acap kali kes macam ni jadi, lagi huru-hara. laju je panggil press conference

lower your credibility hang tau dak
Quote royaldanish 7-8-2024 07:26 AM
PULANGKAN replied at 6-8-2024 10:17 PM
anaknye pun.. lagi mengeruhkan keadaan ada la.

takde ke public relation manager ke, community advis ...

anak nye la PR terjun apaknya…….
Quote cikmouse 7-8-2024 07:41 AM
Nmpk nah dh x fit apak ko nieeee..... elok2 laaa bwk berundur...
Quote zuuu 7-8-2024 07:45 AM
Dua kali tersilap pulak tu,first time tu pon dh ada rakyat2 yg betulkan dia sebut palestin,tapi kali kedua pon dia cakap hidup israel gak,x tahulah nk ckap apa
Quote SedihPedih 7-8-2024 08:20 AM
rumusannya adalah dah x fit utk jadi pemimpin. sila bersara
Quote Binodino 7-8-2024 08:46 AM
Dah tua kan? Bagi la yang muda2 pulak memimpin.
Quote TomyamPuteh 7-8-2024 08:56 AM
Hang tongkat ja la langit tu Zahid.
Quote vanilacup 7-8-2024 08:59 AM
Tiada anak di dunia yg tidak akan back up bapa sendiri. Itu lumrah..
Quote silance 7-8-2024 09:20 AM
PMX geleng kepala....Anjur majlis solidarity untuk Almarhum Ismail Haniye, sekali dilaungnya hidup seroel. Wakil pak Arab pun banyak kat majlis tu.....MBS, pemimpin Iran, Yaman, Lubnan, negara-negara Arab tengok online....Kesian PMX. TPM dari Borneo lagi sihat, lagi berkeliber,
Sapa la yang suka wak ni?
Quote silance 7-8-2024 09:21 AM
PMX geleng kepala....Anjur majlis solidarity untuk Almarhum Ismail Haniye, sekali dilaungnya hidup seroel. Wakil pak Arab pun banyak kat majlis tu.....MBS, pemimpin Iran, Yaman, Lubnan, negara-negara Arab tengok online....Kesian PMX. TPM dari Borneo lagi sihat, lagi berkeliber,
Sapa la yang suka wak ni?
Quote dani-rox 7-8-2024 09:35 AM
usop biden tersenyum sinis
Quote pejol 7-8-2024 10:08 AM
blom nk ngaku apak dh nyanyuk reput eh
Quote Orix 7-8-2024 10:16 AM
Tun M tahun depan 100 tahun senyum sinis
Quote shahirakay 7-8-2024 11:35 AM
kaklong dah muncullllll
Quote Itzy 7-8-2024 12:59 PM
Wow aku ingat dia cuma laung hidup israel 2X saja. Rupanya apak kau laung semoga rakyat malaysia akan sokong israel. Wow speechless aku hahhaha ayat berbeza kot takkan tak sedar kau laung israel. Hahahhhaa nampak sangat Allah dah tunjuk siapa apak kau sebenarnya. Kami umat islam tak bodoh la.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040641 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top