PELAKON dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose mendedahkan pernah menerima tawaran RM60,000 sebagai ‘peneman’ golongan kenamaan atau VVIP. Menurut Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25, bayaran lumayan tersebut ditawarkan kepadanya untuk menemani golongan kenamaan makan. “Saya pernah dapat mesej tawaran RM60,000 hanya untuk teman makan sahaja. Tapi saya fikir agak mengarutlah nak teman makan sahaja, apatah lagi tidak mengenali individu yang perlu ditemani itu,” katanya. Tambah pelakon drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu, sikapnya yang introvert juga antara sebab dia menolak tawaran tersebut. Selain jadi teman makan, dia juga pernah dipelawa untuk bercuti oleh individu tidak dikenali dalam Instagram. “Saya jenis introvert, jadi saya rasa macam bahaya dan tak mahu pergi.
|
awex^returns replied at 6-8-2024 08:25 AM
introvert lah sangat, gediknya macam apa
bukan dia ke yang buka tudung masa jalan kat oversea ngan a ...
matjerk replied at 6-8-2024 06:43 AM
Tu scammer dik.. rakyat marhaen pun dpt mesej cemtu
fifie_olin replied at 6-8-2024 01:24 AM
60k?? teman mkn la sgt
TabletSusu replied at 6-8-2024 10:15 AM
teman makan dalam bilik?
ADVERTISEMENT