Oleh Izzah Abbasy
Betul ke berjalan masa tidur boleh undang maut? Berjalan masa tidur atau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Sleepwalking atau dalam istilah lain iaitu somnambulism biasanya dialami pada usia muda lebih-lebih lagi kanak-kanak. Faktor utama penyebab Sleepwalking ini adalah tekanan perasaan, terlebih gembira, genetik, lelah, sakit dan lain-lain. Tanda-tanda Sleepwalking – Berdiri daripada tidurnya dan membuka mata seperti orang yang terbangun dari tidur – Matanya seakan orang mengantuk dan dipaksa bangun - Berjalan keliling rumah, mungkin membuka dan menutup pintu dan menghidupkan atau mematikan lampu – Tidur berjalan ini biasanya terjadi setelah dua jam tidur dengan nyenyaknya - Biasanya, sleepwalking ini akan berjalan beberapa minit kemudiannya akan menyambung tidur semula. Pelaku tidur berjalan sendiri tidak akan sedar apa yang dilakukannya ketika bangun keesokan paginya. Risiko Jika pelaku keluar dari rumah, ia boleh menyebabkan kemalangan jiwa seperti jatuh daripada tangga, jatuh ke tingkat bawah atau dilanggar oleh kenderaan. Kisah benar Sleepwalking Seorang kanak-kanak lelaki warga Malaysia meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah hotel Hatyai, Thailand baru-baru ini. Polis menyifatkan kejadian itu sebagai satu kemalangan dan ia berkemungkinan berpunca daripada Fam yang berjalan dalam tidur hingga membawa kepada insiden berkenaan. Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur bersama nenek dan seorang adik lelakinya di sebuah bilik di tingkat enam manakala ibu bapanya tidur di tingkat tiga. Rawatan Setakat ini tiada cara rawatan terperinci untuk penghidap Sleepwalking ini. Yang penting, pantaulah tidur si anak-anak, jangan berikannya tekanan dan lakukan aktiviti yang menenangkan sebelum anak-anak atau anda sendiri sebelum masuk tidur. Sangat kritikal jika berjalan masa tidur sehingga keluar daripada rumah! - CARI Infonet
|
17
Bagus |
19
Marah |
11
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT