Setiap pasangan pengantin zaman kini pasti tidak ingin melepaskan peluang membuat sesi "photoshoot" untuk mengabadikan momen terindah disaat hari bahagia dan permulaan hidup bersama. Pelbagai lokasi menarik dan eksotic yang dicari untuk menghasilkan gambar yang menarik. Namun baru-baru ini satu pasangan pengantin telah menarik perhatian ramai gara-gara tempat yang dipilih sesuai untuk pergambaran diaggap berisiko tinggi. Memetik Beautifulnara, satu video menjadi tular di media sosial sehingga ia menjadi bahan kecaman netizen apabila sepasang pengantin dirakam mengambil foto di sebuah landasan kereta api. Dalam video itu, pasangan berkenaan dilihat terburu-buru berjalan keluar dari landasan jambatan Gullemard, Tanah Merah, Kelantan.
Ia berikutan kehadiran kereta api sedang bergerak ke arah mereka sambil diberi amaran bunyi hon. Namun, apa yang mungkin membuatkan netizen bengang adalah pasangan pengantin itu dilihat masih ‘melenggang’ dan tidak bergerak sepantas boleh untuk keluar dari kawasan berkenaan. "Boleh jalan santai melenggang lagi, sakit hati pulak tengok." "Demi sekeping gambar. Jangan jadi bodoh. Sanggup nak mati. Elok la tu." Apa pun, pilihlah tempat yang sesuai dan tidak merbahayakan nyawa sendiri dan juga orang lain. Berbaloikah jika terjadi perkara tidak diingini disaat mencipta momen terindah dihari bahagia? Sumber : Beautifulnara WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |