PETALING JAYA – Semalam berlangsungnya Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan peserta untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin. Namun apa yang mengejutkan ramai apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersilap melaungkan "hidup Israel' ketika berpidato di pentas utama. Ahmad Zahid bagaimana pun memohon maaf atas kekhilafannya itu, lapor Kosmo.
“Saya hadir bersama ribuan rakyat Malaysia bagi memberi dokongan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin. “Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara. “Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, himpunan tersebut juga adalah bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam. “Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur ribuan mujahid lagi akan dilahirkan,” jelasnya. Sumber : KOSMO! ONLINE WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
ADVERTISEMENT