PETALING JAYA – “Saya harap Lee Zii Jia dapat menang pingat gangsa untuk Malaysia”. Itulah kata-kata semangat dan juga harapan pemain perseorangan Thailand, Kunlavut Vitidsarn kepada atlet profesional negara, Zii Jia dalam misi memburu pingat gangsa untuk Malaysia, esok sempena Olimpik Paris 2024. Terdahulu, Zii Jia dalam satu sesi temu bual berkata, kekalahan kepada wakil Thailand itu bukanlah pengakhiran buat dirinya dan akan perbaiki setiap kelemahan untuk tampil lebih menyakinkan pada perlawanan terakhir itu. Pada petang semalam (waktu Malaysia), pemain yang menghuni ranking ketujuh dunia tewas straight set kepada Kunlavut 14-21,15-21. Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris. Sumber : KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT