KLANG – Isu parkir kereta menjadi punca pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah tokong di Taman Maznah di sini sehingga tular di media sosial. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 10 malam pada 24 Julai lalu ketika upacara sembahyang diadakan di tokong berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua pihak kira-kira pukul 11.30 malam hari sama berhubung kejadian itu. Katanya, siasatan mendapati insiden bermula apabila sebuah keluarga meletakkan kenderaannya di kawasan lapang di hadapan tokong tersebut. “Semasa upacara sembahyang dilakukan pada waktu malam itu didapati pihak kedua telah menasihatkan salah seorang ahli keluarga berkenaan agar mengalihkan kenderaan mereka. “Namun tidak diendahkan sehingga menyebabkan kemarahan dengan seorang lelaki daripada pihak kedua telah membaling sebatang kayu pada kereta keluarga tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau menambah, ini seterusnya mencetuskan pertelingkahan mulut dan pergaduhan antara kedua-dua pihak. Ujarnya, pergaduhan itu bagaimanapun dapat dileraikan dengan mereka masing-masing terlibat telah hadir ke balai polis untuk membuat laporan. “Semua yang terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan serius dan rakaman percakapan telah diambil. “Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan isu parkir kereta. Kedua-dua pihak kemudianya telah berbincang dan mengambil keputusan untuk berdamai,” katanya. Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 12 saat memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan di laman sosial. Sumber : Kosmo Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
cap_ayam: Kaka pernah nampak uncle India ...
cap_ayam replied at 3-8-2024 01:06 AM
Kaka pernah nampak uncle India perah susu lembu kat area kuil Hindu kat taman ni live depan ma ...
cap_ayam replied at 3-8-2024 01:06 AM
Kaka pernah nampak uncle India perah susu lembu kat area kuil Hindu kat taman ni live depan ma ...
sharlenetexas replied at 3-8-2024 01:05 PM
Lembu tu kandang kat mana?
Buritan replied at 3-8-2024 01:03 PM
So ape masalahnyaa kaka.. uncle tuu perah susu koto ke..
cap_ayam replied at 3-8-2024 01:20 PM
Dakk kaka ni city girl mana pernah tengok tek lembu kena perah segarrr pastu bukannya kat ladang l ...
Buritan replied at 3-8-2024 01:26 PM
Oic.. sis terkojut tengok tek lembu yg merening tuu laa..
cap_ayam replied at 3-8-2024 05:20 AM
Dakk kaka ni city girl mana pernah tengok tek lembu kena perah segarrr pastu bukannya kat ladang l ...
ADVERTISEMENT