SINGAPURA – Seorang ibu dipenjara 13 bulan selepas mengaku salah menyebat anak lelakinya yang berusia enam tahun lebih 100 kali dengan tali pinggang kerana berkelakuan nakal, lapor portal berita The New Paper hari ini. Wanita itu juga menumbuk anaknya dan memaksa mangsa berdiri dalam keadaan terbalik iaitu tangan ke bawah selain menendang serta menamparnya. Dia kemudian membuat laporan polis palsu bahawa kanak-kanak itu didera oleh teman lelakinya. Wanita itu mengaku bersalah pada Ogos 2023 atas pertuduhan mendera anaknya tetapi hukuman terhadap tertuduh dibacakan oleh sebuah mahkamah daerah hari ini. Nama wanita berusia 33 tahun itu tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti budak lelaki itu. Ketika melakukan kesalahan pada Mei 2020, mangsa tinggal bersama tertuduh, adik-beradiknya yang lain dan teman lelaki tertuduh. – AGENSI
Sumber : Kosmo Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT