PERTAMA kali menjejakkan kaki di Amerika Syarikat meninggalkan pengalaman buruk buat penyanyi Ayu Ting Ting apabila dia dan rakannya menjadi mangsa rompak. Ayu memaklumkan beberapa barangan mewah milik dia dan rakan baiknya iaitu Cece seperti Chanel dan Dior di bawa lari perompak ketika berada di Las Vegas. Tidak hanya barang jenama, benda penting seperti kad kredit, dompet dan beberapa dokumen penting turut di bawa lari perompak. "Ini pertama kali kami berada di sana dan tak sangka pula jadi mangsa rompakan. “Itulah penting untuk tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta... Kad kredit, dompet dan barang berharga lain habis lesap,” katanya. Ayu berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube miliknya yang memaparkan dia berada di sebuah balai polis negara itu untuk membuat laporan. Berkongsi lebih lanjut, Ayu berkata, cermin kereta yang dinaiki mereka dipecahkan di beberapa bahagian oleh perompak bagi mencuri barang-barang milik mereka. Penyanyi itu bagaimanapun bersyukur kerana tidak berada di tempat kejadian dan terselamat daripada sebarang kecederaan. "Mereka tak boleh pecahkan cermin depan jadi mereka pecahkan bahagian kiri dan belakang kereta," ujarnya. Sumber : MStar Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT