Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, tetap dengan pendirian untuk meneruskan tindakan undang-undang dengan menyaman bekas pekerjanya, Nazatul Nazira. Memetik BH Online, Sarah yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang semalam, berkata dia yakin berada di pihak benar dan mahu menuntut haknya. “Saya failkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah. Saya mahu perjuangkan hak yang saya tunggu dari tahun lalu. Kita tunggu ada atau tidak jalan penyelesaian. “Jika pihak sana berkeras, saya pun berkeras juga. Saya geram dan yakin di pihak benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya,” katanya. Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman dan tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa membuat kenyataan fitnah. Ia susulan Nazatul Nazira dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai aktres itu antaranya menggelar Puteri Sarah bodoh sombong dan mengambil dadah.
Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya. Apapun, harap kedua-dua pihak dapat selesaikan dengan cara baik tanpa saman menyaman. Sumber : BH Online WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
Carcosa replied at 4-8-2024 01:20 PM
Part "Saya geram" tu menampakkan kau sgt tak classy yach.
Lantok ah sapa nak merentan meroyan bila s ...
awex^returns replied at 2-8-2024 04:10 PM
aku tengok Nazatul tu dah start keluarkan posting
dan begitu yakin dia akan menang
habislah kau PS
ADVERTISEMENT