Awal Julai lalu, pelawak Mamat Sepah dan isterinya yang merupakan anggota polis telah ditahan untuk membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat dalaman Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Bercerita saat penahanan itu menerusi sebuah podcast, Mamat menyifatkan kenangan digari bersama isteri ketika ditahan pada 2 Julai lalu merupakan pengalaman paling manis dalam hidupnya. Menerusi podcast Shuib, Fizie dan Shuk Sahar di YouTube, Mamat berkata ia merupakan satu simbolik mereka berdua akan hidup selamanya sebagai suami isteri. “Digari bersama isteri menjadi kenangan paling manis yang tak boleh dilupakan. Kami bergari ke mahkamah dan buat ujian air kencing. “Aku cakap kat isteri, kalau panjang umur kami, dialah satu-satunya manusia yang dengan aku sampai bila-bila. Digari bersama itu ibarat simbolik akan hidup bersama,”katanya.
Dalam pada itu, Mamat turut berkongsikan isterinya, Nor Diana Ibrahim terkesan dengan kejadian tersebut meskipun sudah hampir sebulan berlalu. “Aib isteri aku macam mana?Aib aku tak kisah sebab aku dah biasa. Selama ni orang puji dia tapi sekarang dia simpan air mata sampai ke hari ini,”katanya. Terdahulu, Mamat dan isterinya yang merupakan anggota polis mengaku ditahan pihak berkuasa berhubung isu dakwaan menyebarkan maklumat di aplikasi Telegram. Sumber : Rotikaya, DOL's Podcast WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
sharlenetexas: Apsal ada iklan bulu tiak ni? ...
ADVERTISEMENT