Pelakon kacak Amar Baharin sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya dalam membawakan apa sahaja watak setiap kali beraksi di layar perak, drama mahupun telefilem. Namun baru-baru ini video sebuah drama memaparkan pelakon Amar Baharin, 39, melakonkan babak bersentuhan dengan aktres Siti Elizad sekaligus mengejutkan ramai. Menerusi video yang dikongsikan oleh @fazli_radiusone di TikTok, kedua pelakon itu sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama bersiri. Kelihatan, Elizad sedang menangis ketika melakonkan babak berkenaan sebelum ditenangkan oleh Amar. Namun, apa yang menjadi perhatian aksi kedua pelakon itu bersentuhan tanpa sebarang lapik sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen. Diruangan komen, ramai terkejut dan mempersoalkan tindakan Amar melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita. Malah, ada menyangka Amar berlakon bersama isterinya, Amyra Rosli.
Sekadar info, Amar Bahrin berkahwin dengan Amyra Rosli pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Sumber : Rotikaya, OhMedia WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
black_handbag replied at 2-8-2024 12:14 PM
pelakon kacak apenya muka mcm hamster tu. ceh
black_handbag replied at 2-8-2024 12:14 PM
pelakon kacak apenya muka mcm hamster tu. ceh
ADVERTISEMENT