"Kami tak pernah kekok untuk bekerjasama. Kami masih pergi bercuti bersama. Kalau sunyi saya boleh hubungi bekas isteri.
"Cuma orang lain sahaja rasa pelik bila melihat kami masih berbaik meskipun sudah bercerai.
"Kehidupan selepas bercerai masih sama, cuma kami perlu mengambil langkah baharu dan cuba belajar berjalan sekali lagi.
"Itu bukan perkara baharu buat saya kerana pernah melalui pengalaman tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin," katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah dan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Mengenai penerimaan anak-anak mengenai berita perceraian, pelakon sitkom Jangan Ketawa itu berkata, mereka memahami situasi yang berlaku dan menyifatkannya sebagai isu orang dewasa.
"Penerimaan anak-anak sama sahaja kerana mereka sudah melihat berita perceraian dalam media sosial.
"Lagipun, kami sudah jelaskan kenapa kami perlu ke mahkamah dan ada liputan media.
"Sebelum ini, mereka sudah terdedah dengan situasi ada peminat datang mahu bergambar bersama kami ketika bercuti.
"Mereka faham ini adalah dunia ayah dan ibu mereka. Tapi, kalau di rumah kami biasa sahaja," jelas Harith.
Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.
Perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman antara mereka.
Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Apapun, baguslah berbaik dan tidak perlu bermasam muka selepas bercerai kerana tanggungjawab terhadap anak-anak tetap berterusan.
Sumber : Berita Harian