Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024, selepas mengatasi pemain tuan rumah, Toma Junior Popov pada aksi 16 terakhir, hari ini. Berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Zii Jia memerlukan masa 47 minit untuk menewaskan Popov straight set 21-13, 24-22. Zii Jia, juara Seluruh England 2021, agak santai pada set pertama apabila terus mendahului lawannya sebelum melakar kemenangan. Namun cerita berbeza di set kedua apabila Popov mempamer saingan cukup sengit namun Zii Jia tenang di hujung permainan sebelum melakar kemenangan mutlak. Zii Jia sebelum ini muncul juara Kumpulan G selepas melakar kemenangan ke atas pemain ke-70 dunia, Viren Nettasinghe dari Sri Lanka dan pemain Sepanyol Pablo Abian. Kemenangan ke atas Popov melebarkan rekod bersih Zii Jia apabila memenangi kesemua lima pertemuan antara mereka.
Zii Jia akan bertemu pemain Denmark yang menduduki ranking keempat dunia, Anders Antonsen di suku akhir. Sumber : Harian Metro Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT