CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 anggota polis IPD Kajang disyaki peras warga asing didakwa esok

1-8-2024 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30714| Komen: 8



Kajang: Dua anggota bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang ditahan berkaitan kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, pada 28 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, esok.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor.

"Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Kajang jam 8.30 pagi, esok.

"Pertuduhan dibuat terhadap mereka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua anggota berkenaan ditahan berhubung kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari yang tular di media sosial.

Hussein dilapor berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat lelaki warga asing berhubung satu video tular memaparkan kejadian pemerasan itu.


Sumber : Harian Metro

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 2-8-2024 01:48 AM
awat perempuan tu pengsan
Quote clueless_gamer 2-8-2024 02:00 AM
dia ada sakit jantung..

korup sangat dah ni.. harap rakyat diberi kebenaran untuk rakam anggota di tempat public pastu body cam tu pun mesti ada.. barulah boleh kurang kes pau camni..
Quote manop 2-8-2024 06:11 AM

Quote Meraki 2-8-2024 07:51 PM
Padan muka
Quote kaedahnya 3-8-2024 05:24 AM
mesti dah selalu buat kan, haram j tul
Quote wolfheart 3-8-2024 07:11 AM
Kalau sabit kesalahan, harap jatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran. Dedah dan viralkan identiti. Memalukan pasukan polis, memalukan agama, bangsa dan negara. Harapkan pegar, pegar makan padi.
Quote Decaffeinated 3-8-2024 11:06 AM
Bukan rahsia warga asing yang bawa motor ni lubuk pau
Quote Pumpkinhead 5-8-2024 03:16 PM
korup betul...camne org lain nak hormat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.032140 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top