CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Jenazah Mualaf Dibakar, Shaniena Natasya Gesa Tukar Status Agama Di JPN – ‘Dekat Dunia Kita Mungkin Terlepas’

1-8-2024 09:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30997| Komen: 16



Usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya, berkongsi kisah seorang lelaki mualaf yang mayatnya hampir dibakar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shaniena berkata tiada seorang pun ahli keluarga lelaki tersebut yang mengetahui bahawa dia sudah memeluk Islam.


Difahamkan lelaki itu juga tidak pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status agama di kad pengenalannya.

"Ada seorang lelaki Siam ini, dia tinggal dekat Kedah. Dia masuk Islam tetapi di dalam kad pengenalan dan di JPN, dia tidak tukar."

"Jadi apabila berlaku kematian, ibu dan keluarga dia tak pernah tahu langsung dan dia sendiri pun tak beritahu sesiapa yang dia sudah memeluk agama Islam."


Sehinggalah tiba pada hari pengebumiannya, jenazah lelaki tersebut hampir dikebumikan pengikut agama Buddha.

"Bila dia meninggal dunia, mereka nak buat ritual pengebumian cara Buddha. Tiba-tiba ada kereta polis dan ada imam datang beritahu mereka bahawa arwah adalah seorang Islam.

"Mereka kemudian ambil jenazah lelaki itu dan buat pengebumian secara Islam."

Justeru itu, Shaniena menggesa agar semua mualaf menukar status agama mereka di kad pengenalan dan memaklumkan kepada orang terdekat untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

"Saya ada ramai kawan dan ahli keluarga yang tak menukar agama di kad pengenalan mereka. Apabila meninggal dunia, pihak hospital mestilah akan tengok kad pengenalan dahulu jadi ibu bapa atau keluarga si mati akan tuntut mayat lalu dikebumikan bukan cara Islam.

"Yang mana dah masuk Islam, pergilah tukar kad pengenalan. Dekat dunia kita mungkin terlepas, orang buat pengebumian secara bukan Islam tapi kalau dah meninggal macam mana kita nak menjawab?"

"Jadi, bila dah masuk agama Islam, tolonglah beritahu orang terdekat awak sebab kes ini banyak berlaku."

Terdahulu, tindakan membakar mayat suami kepada selebriti Indonesia Jennifer Coppen iaitu Dali Wassink telah mengundang pertikaian ramai lebih-lebih lagi selepas mengetahui allahyarham merupakan seorang mualaf.



Sumber : Oh Bulan


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 1-8-2024 10:07 PM
Jennifer Coppen islam ke tak?

Aku ada kawan cina dulu..perempuan. Dia convert tapi tak ramai yang tahu. Kami pun tak tahu. Sehinggalah dia meninggal. Adik dia bagitau kami..sedang mayatnya disolek dan dah dipakaikan gaun, orang agama datang tunjuk bukti yang arwah dah peluk islam. Dia rahsiakan sebab taknak dibuang keluarga...
Quote babynina30 1-8-2024 11:26 PM
Jen tu i rse sbb apaknya pon mixed ? Dan omak pon dh takde , jd terumbang ambing ?
Quote naina 2-8-2024 12:10 AM
Viral gila papa dali tu skng. Sayangnya dah mati batu viral baru orang kenal. Sampai naik bosan asikla video dia layan anak je macam orang laki Indon ni semua pemalas yeahhh.terlalu agungkan papa dali.
Bininya tu Islam, maknya orang Indon Islam, bapanya belanda kot. Padanlah cantik Jenny tu dengan warna kulit dia tanned2 gituu. Tapi tulah dia memang ke laut dalam pasal Islam, dah tu takkan takda alim ulama yang tegur dan halang bakar2 mayat ni. Dah jadi abu pun nak korek kebumi scra Islam pun dh tak boleh.
Ustaz kata andai ada mualaf yang mati tapi tidak dikebumi secara Islam maka sekampung berdosa.
Quote eyansss 2-8-2024 12:11 AM
babynina30: Jen tu i rse sbb apaknya pon mixed ? Dan omak pon dh takde , jd terumbang ambing ?


alasan jen - nak respek permintaan keluarga suami untuk bakar suami…
Quote Minami2013 2-8-2024 08:03 AM
naina: Viral gila papa dali tu skng.  ...

Mmg pelik kes kat indon ni. Even sinead oconnor meninggal pun boleh tanam sebagai org islam kat negara yg majority bukan islam.
Quote Cpkay 2-8-2024 08:06 AM
tapi sedih bila tengok video anak papa dali tu.. mencari cari mana papa dali
Quote cattiecute 2-8-2024 09:30 AM
aku tengok papa dalii tu bapa dia mat saleh
mak dia macam indon je
tapi kenapa adik dia muka full mat saleh? pastu anak dia yang kamari tu lagi mat saleh kulitnya
padahal papa dali tu muka meleis je
Quote imanamsyar 2-8-2024 09:43 AM
Minami2013 replied at 2-8-2024 08:03 AM
Mmg pelik kes kat indon ni. Even sinead oconnor meninggal pun boleh tanam sebagai org islam kat neg ...

xfaham..care to explain? sinead tu muslim ke?
Quote kucingitam 2-8-2024 10:10 AM
Minami2013 replied at 2-8-2024 08:03 AM
Mmg pelik kes kat indon ni. Even sinead oconnor meninggal pun boleh tanam sebagai org islam kat neg ...

sinead tu lain sebab family pun takde sibuk berebut nak suruh bakar ke, tanam ikut agama asal ke. yang kat indo ni family belah lelaki sibuk nak bakar, yang bini pun ngikut je..hairan alim ulama kat indo takde cakap apa ke? family, org keliling bini dia pun takleh cakap apa ke atau mmg semua islam indo tak ketahuan islamnya. eh tahla..
Quote mecdi 2-8-2024 11:09 AM
kucingitam replied at 2-8-2024 10:10 AM
sinead tu lain sebab family pun takde sibuk berebut nak suruh bakar ke, tanam ikut agama asal ke.  ...

prinsip diaorang kan agama tu hak peribadi. Masa hidup ok la hak peribadi, dah mati nasib la kena kebumi ikut agama apapun.
Quote Minami2013 2-8-2024 12:13 PM
imanamsyar replied at 2-8-2024 01:43 AM
xfaham..care to explain? sinead tu muslim ke?

Ya. Penyanyi yg agak popular dulu. Revert to islam. Dikebumikan secara islam di Ireland.
Quote Minami2013 2-8-2024 12:17 PM
kucingitam replied at 2-8-2024 02:10 AM
sinead tu lain sebab family pun takde sibuk berebut nak suruh bakar ke, tanam ikut agama asal ke.  ...

Keluarga berebut ke? I cuma terbaca yg isterinya kata suami dia sendiri nk dibakar kalau mati. Bila islam atas nama je i rase keluarga si isteri pun. Yg family suami ofkos la sbb bukan islam.
Quote kucingitam 2-8-2024 12:29 PM
Minami2013 replied at 2-8-2024 12:17 PM
Keluarga berebut ke? I cuma terbaca yg isterinya kata suami dia sendiri nk dibakar kalau mati. Bil ...

keluarga berebut tu general saja atas kes2 kematian mualaf, keluarga si mati berebut nak tanam ikut agama asal. ada few cases berlaku sebelum ni, atas alasan keluarga tak tau si mati dah masuk Islam.  yg papa dali ni tak berebut pun, bini ikut je kehendak keluarga mertua.
Quote Minami2013 2-8-2024 12:39 PM
kucingitam replied at 2-8-2024 04:29 AM
keluarga berebut tu general saja atas kes2 kematian mualaf, keluarga si mati berebut nak tanam iku ...

Faham... kat malaysia ni biase dgr kalau asal hindu mmg ada perebutan.

Quote mamarilia 4-8-2024 06:02 PM
cattiecute replied at 2-8-2024 09:30 AM
aku tengok papa dalii tu bapa dia mat saleh
mak dia macam indon je
tapi kenapa adik dia muka full ma ...

papa Dali tu maknya orang Thailand, bapak orangputih...
Quote vanillaninja 6-8-2024 08:29 AM
Kekdahnya semua cakap pasal Papa Dali dan Mama Kamari. Takde sape ke pedulikan Shaniena ni?

Konoha kan. Confirm ada je yang pelik2. Pejabat agama theyols pun macam useless, tak function macam in Malaysia.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.125154 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top