CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Perkara Boleh Menjatuhkan Pemain Bola Sepak - Faisal Halim Pesan Jangan Salah Pilih Isteri, Yang Tak Kahwin Jangan Salah Pilih ‘Cinggey’

1-8-2024 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15481| Komen: 19



Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim berkongsi tiga perkara yang boleh menjatuhkan karier seorang pemain bola sepak.

Menerusi video yang dimuat naik Pak Mat Western di TikTok, pemain berusia 26 tahun itu berpendapat bahawa selain berpunca dengan diri sendiri, kejatuhan pemain bola sepak juga boleh terjadi disebabkan duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.

Walau bagaimanapun, pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Mickey’ itu memaklumkan bahawa setiap yang berlaku itu berbalik kepada diri sendiri dan seseorang itu perlu pandai dalam mengatur kehidupan masing-masing.


"Sebenarnya yang menjatuhkan pemain bola sepak adalah diri mereka sendirilah."


"Yang pertama adalah duit, kedua adalah kecederaan dan yang ketiga adalah salah pilih isteri. Yang tak kahwin lagi salah pilih girlfriend, orang Penang panggil ‘cinggey’."

"Tapi, kena pandai-pandai jaga dirilah."

Dalam pada itu, Faisal meluahkan rasa syukur kerana mendapat seorang isteri yang baik dalam kehidupannya.

"Tapi Alhamdulillah saya mendapat seorang isteri yang sangat baik."

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat yang diberikan Faisal.



Menjengah ke ruangan komen, netizen juga meluahkan rasa gembira melihat keadaan dan perkembangan terkini Faisal selepas hampir tiga bulan berehat susulan kecederaan parah yang dialaminya akibat disimbah asid.

Sumber : OhBulan



Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cassieopeia 1-8-2024 03:53 PM
makin sihat dia..moga xde yg dengki lg
Quote haruslah 1-8-2024 04:19 PM
Nampak.bertambah sihat
Tp tang muka tu nampak la mcm 'keras' cegang
Semoga dpt balik momentum dan bertambah power lepas ni
Quote I.K.A888990 1-8-2024 04:23 PM
kuat betul mental dia kan
still tak boleh lupa gambar yg dia tunjuk time pc haritu.
kita yg tak kita yg rasa sakit
Quote pejol 1-8-2024 04:28 PM
duit tu kira bookie la kan..susah gak nak elak kalau 'kepala' dah makan,ekor pon terpaksa ikut makan
Quote ifanonline 1-8-2024 04:35 PM
tak boleh anggap mcm tu juga...lelaki lah punca keruntuhan moral masyarakat...siapa yg edar dadah, tauke porno, jual senjata, etc...bukankah lelaki?
Quote damsel_fiji 1-8-2024 04:39 PM
cepat je pak mat western ni pegi menunggang khennn
Quote batmana 1-8-2024 04:42 PM
dia cuma nasihat umum aja, lebih tepat ayatnya jgn Salah pilih psgn ajala..
Quote bpbbppbp 1-8-2024 04:42 PM
Edited by bpbbppbp at 1-8-2024 04:43 PM

ada yg gf tu pisau ckur. Klau dah kahwin xpelah jugak mnta itu ini. Dah trganggu emosi time kat pdg kalau ada isu2 tak best.. Eloklah jgn dkati zina, trus fokus kahwin aje
Moga cepat sembuh, faisal
Quote me12345 1-8-2024 06:34 PM
Setuju..jgn salah pilih isteri..utk semua org.
Quote goldcarrot 1-8-2024 06:46 PM
Ohh ni baru lagi? Mcm dah ok dia
Quote kemaruk 1-8-2024 06:48 PM
banyak billboard dekat highway tulis "we stand with faizal halim"

sape yang sponsor ye?
Quote imanamsyar 2-8-2024 09:31 AM
Edited by imanamsyar at 2-8-2024 09:34 AM

bak kata jijoe alfonso (Rock ooo) ==>

jijoe : sekarang ni ada 3 perkara yang boleh menjatuhkan sebuah negara, en. satu, rasuah.
slash    k gua ok.
jijoe : dua tak menepati masa.
slash    : pun gua ok.  
jijoe : tiga cinggey. en.
slash    : ok ok gua ok. (sambil muka terkulat2 tengok gepren kat belakang nun).
jijoe :  yang cinggey ni la, jangan sampai cinggey ni menjadi batu sempadan untuk menghalang bakat kita. en. ha? en.
slash  k ok.
jijoe : terer tak terer.terer tak terer. terer tak terer. yang ni tak terer ni pasal cinggey ah, en. ha? en.
slash  : ok ok gua ok. ok.
jijoe : ha?
slash : ok gua ok ok


awal dah arwah mamat khalid pesan dalam cerita2 dia..hahahaaaa
Quote mojarean_X 2-8-2024 09:40 AM
ifanonline replied at 1-8-2024 04:35 PM
tak boleh anggap mcm tu juga...lelaki lah punca keruntuhan moral masyarakat...siapa yg edar dadah, t ...

Terkejut utk kali pertama ifan x salahkan andartu
Quote matseh 2-8-2024 09:57 AM
2 perkataan.
David Beckham.
Quote Pumpkinhead 2-8-2024 02:40 PM
moga Mickey terus ceria dan sihat
Quote Decaffeinated 3-8-2024 03:06 PM
Lamanya MC. Gaji jalan kan?
Quote lightheaded67 10-8-2024 09:21 AM
taktauler. tp pd aiol, penyakit utama jatoh adelah gile glemer. dlm ugama pon kite start je gile glemer, habis,mai riak mai feeling gud, nnti salah ajar pon takleh tegur. gila glemer nmpk je simple tp merengsakan. nk org tgk nmpk perhati kite aje.... pdhal takdak keperluan pon, sbb kita org biasa2 aje. kadg sbb kuat tgk tb pon ye juge
Quote lightheaded67 10-8-2024 09:42 AM
ramai je org yg ikotkan baik aje, tp sbb ikotkn sgt gila glemer, buat bnde yg tidak tidak... tggal anak bini jd barua politik, ade yg tak dulik anak bini sebokkn kejar imej nk jd warak mcm mcm ler
Quote hayrin86 10-8-2024 10:13 AM
me12345 replied at 1-8-2024 06:34 PM
Setuju..jgn salah pilih isteri..utk semua org.

Betul.. Pakai tudung ke, tanpa tudung (free hair) ke jangan salah pilih..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054658 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top