CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kontrak masih ada. Tapi, Bukanlah melanggar kontrak" - Selepas 14 tahun, Haniff akhirnya berhenti jadi penyampai radio ERA FM

1-8-2024 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26407| Komen: 72


Semalam Angah Raja Lawak mengumumkan telah berhenti dari menjadi penyampai radio SINAR FM. Dalam masa sama juga, penyampai radio ERA FM, Haniff Hamzah turut menamatkan kontrak dan perkhidmatan sebagai penyampai di stesen radio ERA FM.

Memetik Harian Metro, Haniff yang sudah 14 tahun menggalas tanggungjawab sebagai penyampai Era FM berkata, dia menamatkan kontrak mengikut prosedur dan dibuat secara profesional.

"Kontrak masih ada. Tapi, setiap kontrak itu ada cara untuk keluar (ditamatkan). Bukanlah melanggar kontrak. Kalau langgar kontrak, mereka ada hak untuk saman.

"Esok, saya akan umumkan di media sosial saya," katanya.

Menurut Haniff yang secara rasmi tamat perkhidmatan pada 2 Julai lalu, keputusan itu sememangnya satu keputusan yang berat, namun ia sudah lama difikirkan.

"Ia keputusan yang berat, tapi usia saya bersama Era FM ini terlalu lama dan perginya seorang penyampai membuka ruang untuk orang lain. Jadi, saya rasa dah tiba masanya untuk saya ucapkan selamat tinggal.


"Kalau saya fikir lebih lama, memang tak ke mana. Jadi, saya ambil keputusan. Nak kata mengejut, tak juga. Nak kata dah lama rancang pun tak. Jadi, apabila dah ada peluang, saya teruskan.

"Nak terangkan terlalu banyak pun susah sebab lebih banyak persoalan daripada jawapan. Esok, 1 Ogos saya akan umumkan sesuatu yang lain pula.

"Saya rasa, ini saja yang boleh saya katakan. Keputusan berat, tapi harus dilakukan," katanya.

Haniff yang sebelum ini mengendalikan segmen Petang Era berkata, dia tidak mahu mengakhiri kerjayanya sebagai penyampai dengan wujud rasa marah atau kecewa seperti yang pernah berlaku kepada beberapa penyampai sebelum ini.

"Ada penyampai yang bila habis kontrak atau buat keputusan untuk berhenti, dia rasa marah, dipersalahkan atau dipergunakan. Tapi, saya tak ada rasa begitu. Ini keputusan yang dibuat secara profesional.

"Hari terakhir saya ke udara adalah pada 2 Julai lalu. Dah nak sebulan saya tak bekerja dan memang bosan duduk di rumah. Cuma, saya tak umumkan. Pendengar dengar, tapi mereka mungkin anggap saya bercuti.

"Saya pula jenis yang menjaga privasi. Jadi, saya simpan dulu sehingga masa yang sesuai dan saya rasa, tiba-tiba media pun terhidu sebab Astro Radio pun ada buat pengumuman juga.

"Saya tahu juga, bertahun saya bersama Era, mereka banyak mengajar saya dan saya pun banyak menyumbang kepada mereka. Jadi, saling hormat-menghormati," katanya.

Keluarga menjadi orang pertama yang mendapat tahu mengenai perkara ini dan dia banyak merujuk serta meminta pandangan abangnya yang juga bekas penyampai radio.

"Banyak perbincangan dengan keluarga. Benda-benda ini saya suka dapatkan persetujuan keluarga atau sekurang-kurangnya, mereka tahu dulu sebelum saya buat keputusan dan bukan mereka terbaca di tempat lain.

"Saya banyak merujuk abang saya yang juga bekas penyampai radio. Jadi, saya tanya dia, betulkah keputusan saya ini.

"Abang saya punya cara, dia cakap akan sokong saya sama ada keputusan saya betul atau tidak. Cuma jangan teragak-agak, buat keputusan," katanya.


Terdahulu, Astro Radio dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan mengenai keputusan Haniff dan penyampai radio Hitz FM, Ean untuk meninggalkan kedua-dua stesen radio di bawah naungan mereka itu.

Sumber : Harian Metro









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 1-8-2024 01:24 PM
nanti pakat buat podcast
Quote kechikchomel 1-8-2024 01:27 PM
Masuk flyfm kan? Dgn Ean
Quote hyie 1-8-2024 01:46 PM
semoga haniff kurus kembali dan tak pakai baju2 besar style orang lama yach
Quote Rogue98 1-8-2024 01:49 PM
Apasal dah pelik muka dia...
Quote nightwinkle 1-8-2024 02:46 PM
abg dia dulu kerja lite fm.selalu on air waktu mlm..tak ingat nama nyer
Quote dekmieDandy 1-8-2024 03:28 PM
pelik jugak era fm ni, aku sampai sekarang tak pernah dengar lagi orang dengar era

mostly dalam family aku semua suria je, kalau mak/pak baru dengar radio klasik

geng yang bawah 20 pulak, semua dengar spotify je, so siapa erk sebenarnya yang dengar era ni? naik grab pon tak pernah dengar diorang bukak era...
Quote prince_marhaen 1-8-2024 03:29 PM
makin selekeh eh...semua nak berjambang skrg walaupun jambang jarak2 macam wukong..
Quote sleepandream 1-8-2024 04:28 PM
dekmieDandy replied at 1-8-2024 03:28 PM
pelik jugak era fm ni, aku sampai sekarang tak pernah dengar lagi orang dengar era

mostly dalam fam ...

iols dengar je era... tapi dalam kereta kalau long distance and dah muak dgr playlist sendiri
Quote nightwinkle 1-8-2024 04:32 PM
ok baru tgk ig..Ean and Hanif jd dj kat Flyfm morning session
Quote bayan_nuri 1-8-2024 04:36 PM
nightwinkle replied at 1-8-2024 02:46 PM
abg dia dulu kerja lite fm.selalu on air waktu mlm..tak ingat nama nyer

sham lite fm kalau tak silap
Quote pocongkiutss 1-8-2024 04:39 PM
hyie replied at 1-8-2024 01:46 PM
semoga haniff kurus kembali dan tak pakai baju2 besar style orang lama yach

Iols suka jah lelaki pakai t shirt besar2 ala2 hip hop..yg duk pakai sendat tu dh mcm pondan pulak..baju sendat..seluar sendat..ayoyoyo
Quote jebatmaspunyer 1-8-2024 04:41 PM
dekmieDandy replied at 1-8-2024 03:28 PM
pelik jugak era fm ni, aku sampai sekarang tak pernah dengar lagi orang dengar era

mostly dalam fam ...

Iolls heran dorang letak ERA Radio No.1 Paling Legit. At the same time Hot FM pun claim dorang station radio No. 1 Malaysia. Y mana betul entah tp iolls suka HotFM.
Quote hyie 1-8-2024 04:51 PM
pocongkiutss replied at 1-8-2024 04:39 PM
Iols suka jah lelaki pakai t shirt besar2 ala2 hip hop..yg duk pakai sendat tu dh mcm pondan pulak ...

bukan, maksud meols haniff ni dia suka pakaian yang vintage macam orang2 70an 80an gitu. Memamg dia suka pesen gitu dia cakap la dulu kat ig. Tapi sebenarnya pesen tu tak kena dengan heols, menurut meols tapikan jantan kalau pakai sendat2 ni esp jeans ketat memang nampak huduh yach. Slim fit pun dah ok, tak perlu ketat2 sampai terjojol gitu
Quote hyie 1-8-2024 04:53 PM
jebatmaspunyer replied at 1-8-2024 04:41 PM
Iolls heran dorang letak ERA Radio No.1 Paling Legit. At the same time Hot FM pun claim dorang sta ...

ranking tu based on 2 kajian berbeza. Hotfm kajian nielson kot ejaannya, era bancian lain. Yes, iols pun lagi suka hotfm, dan hari2 time keje memang bukak kat utube je.
Quote graxier06 1-8-2024 05:17 PM
Hanif ni bgs gila time kt XFresh tp bila dia pair ngan Ray tu merepek meraban je. English dia mmg sedap gila woii. bgs la msk Fly tu sbb suara dia sedap bila ckp english.

Kira nya kalau Hanif ni pair ngan Ean kt Morning Fly kiranya Ariff tu dh xde la kan kt Fly skali ngan mamat omputih tu
Quote samshik 1-8-2024 05:26 PM
Still kenot go ngn era..  last yg waras zmn kieran n khyrll rashid..  kedepan2 tu dah mulo kureng
Quote GegarVaganja 1-8-2024 05:31 PM

Oh ye ke. Sebab kalau dengar heolls speaking memang sedap.
Harap ada direction la kalau masuk fly tu.
Xla merapu gelak macam orang bodoh time dengan Era tu


Quote knnk 1-8-2024 05:58 PM
graxier06 replied at 1-8-2024 05:17 PM
Hanif ni bgs gila time kt XFresh tp bila dia pair ngan Ray tu merepek meraban je. English dia mmg se ...

He org Bukit Tunku kan? Ke old pj x ingtlah
Tpi yg pasti anak org ada2 gak
Iollz dulu dok fikir knplah he waste his talent kt era buat lwk bodo dulu tu
Quote naina 1-8-2024 06:03 PM
Apsal selekeh sangat dia sekarang. Dulu smart je nampak presentable. Lepas cerai ke jadi macam ni.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.065699 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top