CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Takut Nanti Saya Bangun Pagi, Darah Tinggi Dan Terpaksa Cuti Lagi" - Angah Raja Lawak Berhenti Jadi Penyampai Radio Sinar

1-8-2024 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23806| Komen: 54




Atas faktor kesihatan yang dihidapinya, pelawak dan penyampai radio Angah mengambil keputusan berat untuk berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio SINAR, semalam. 

Menurut Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim,46, keputusan yang diambil olehnya itu kerana tidak mahu menyusahkan rakan lain apabila kerap mengambil cuti sakit ketika sedang bertugas, lapor Astro Gempak.

“Benda itu jadi berlarutan sebelum saya jadi nak sihat ini, saya ambil keputusan dengan Sinar untuk saya berhenti daripada radio Sinar. Berhenti sekejap, tak tahu berhenti macam mana.

“Kadang-kadang saya cutilah, apa semua kan, saya takut orang menganggap yang benda itu (kesihatan) main-main. Selagi saya tak sihat, saya tak nak benda itu berlarutan.

“Takut nanti saya bangun pagi, darah tinggi dan terpaksa cuti lagi. Saya akan menganggu kawan-kawan yang lain. Saya perlukan kerja, saya memang nak kerja. Bukan saya datang sini kerana saya nak buat TikTok saja-saja,” ujarnya. 


Menerusi siaran langsung di TikTok SINAR kelihatan pelakon Roy Azman turut berasa sedih dan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.


“Pada saya, memang dia kalau digandingkan dengan sesiapa pun, semua pasangannya akan gembira. Saya ambil kesempatan ini, all the best to you. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.

“Kuatkan semangat kau di luar sana dan kau kena ingat kami semua sayang kau dan tak akan lupakan kau. Kita kena sentiasa keep in touch. Walaupun kita tak kerja sama,” kata Roy dalam keadaan sebak.

Angah yang mendengar kata-kata Roy turut tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa sedih dengan keputusan Angah dan memuji sikap pelawak itu yang dianggap sebagai seorang yang sopan santun ketika bercakap.

Apapun, sama-sama kita doakan semoga Angah cepat sembuh dari segala penyakit yang dihidapinya.


Sumber : Astro Gempak











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 1-8-2024 12:37 PM
Baguslah berhenti..tak berbaloi dpt penyakit sbb kja..hidup ada pilihan..kita yg pilih seain bergantung harap dan doa pd yg Esa
Quote MisXoXo 1-8-2024 01:52 PM
Sorang lg x komen keeee..ke sbb dia antara puncaaaaa
Quote addamnor 1-8-2024 04:20 PM
Dek.. we all know contract tamat dan tak renew. Games dekat radio station berjela jela si Linda Onn tulis, sisi busuk nya. Bangun pagi pukul 5 bukan punca darah tinggi pun.
Quote Kurex 1-8-2024 05:11 PM
iols suka betul tgk masakan she
Quote silampumeja 1-8-2024 05:27 PM
ok je..jaga kesihatan ngah... anak2 pun nak membesar tu. dah ada jenama sendiri buat bussiness masakan, buatlah.
Quote shernazz 1-8-2024 07:10 PM
Iols suka angah ni sebab dalam radio tak dengar dia bingit pung..
Cakap pung teratur je..
Quote asfaz 1-8-2024 07:16 PM
MisXoXo replied at 1-8-2024 01:52 PM
Sorang lg x komen keeee..ke sbb dia antara puncaaaaa

Dlm post sinar ada aje org tu. Dia cerita masa angah datang pgi kejadian tu berpeluh hbs. Macam org baru lepas mandi. Dia yg suruh Angah g spital and tak kasi drive sendiri.
Quote babynina30 1-8-2024 08:28 PM
I hrp yg lg 2 tu yg resign. Ckp bingit. Gelak lawak bodo sendiri buat. Tak de info lansung

Angah ni elok susun katanya
Quote sayawifenikmie 1-8-2024 10:13 PM
addamnor replied at 1-8-2024 04:20 PM
Dek.. we all know contract tamat dan tak renew. Games dekat radio station berjela jela si Linda Onn  ...

antara angah dgn sorang lagi tu
baiklah angah
sorang lagi tu cakap gagap gagap
tak best
Quote SANKURIANG 1-8-2024 10:27 PM
Rahim pun tak sihat gak kan, selalu aja terlelap kat konti. Yang sorang lagi tu pun bakal gak kena kick tu, radio ni kan bisness, sampai bila Astro nak simpan diaorang, ada tetamu datang konti, tetamu cakap hal serious, mesti yang satu lagi tu menyampok, last2 pendengar tak dapat apa2 info dati guests, sebab dia buat lawak bangang dia. Aku mmg lama tak dgr Sinar…aku rasa Sinar dan Malap…
Quote enot_sibudak 1-8-2024 10:30 PM
SANKURIANG replied at 1-8-2024 10:27 PM
Rahim pun tak sihat gak kan, selalu aja terlelap kat konti. Yang sorang lagi tu pun bakal gak kena k ...

Iols mmg xleh hadam yg sorg lg..ntah ler..wpn dia ramai peminat tp iolss xpernh minat dia
Quote bayan_nuri 2-8-2024 10:03 AM
Kurex replied at 1-8-2024 05:11 PM
iols suka betul tgk masakan she

masa final mastercep dulu iol sokong heshe banding si pazli, tapi pazli menang. kebetulan masa tu pazli masih jadi pujaan ummah porem.
Quote bayan_nuri 2-8-2024 10:06 AM
sorang lagi yang tak disebut nama tu yang jadi sanjungan ummah porem tu ke? kononnnnn selalu buat lawak + ayat deeeeeeep katanya
Quote duri_durians 2-8-2024 10:20 AM
angah ni yg slalu bg mutiara kata tu kan.
percakapan dia ok, tak bingit, suara pun sedap didengar.

aku tktau la korng mksudkan 1 lagi tu siapa, tapi aku pun tak suka 1 kt sinar pagi tu. bising suara, nympuk org cakap, pastu mcm dia je la yg ada hikayat hidup, dia je la yg tau semua.
Quote PinkyPie 2-8-2024 12:00 PM
Iols tak dgr radio sgt so taktau cemana dia as a DJ. Tapi pernah tgk ada interview, heols jenis cakap teratur banding dgn rahimok. Dah lah bday anak pun heols lupa, Angah ingat semua tarikh anak-anak siap sebut full name. Semoga heols dipermudahkan urusan, heols nampak dah kurus skit banding zaman Masterchep
Quote black_handbag 2-8-2024 12:13 PM
resign jelah. i suka dengar sinar pagi2, so i tau mmg kuat jep dan rahim bahan angah ni sbb asik mc dan ponteng keje. i tak tau lak dia ada masalah kesihatan, ingatkan mmg jenis malas keje tapi angah ni sabar, tak pernah dia balas balik jep dan rahim dok bahan dia sindir2 dia ponteng keje.

dia ada income lain so elokla berenti klu xleh beri komitmen. kalau dia xde pon ok je sinar tu i masih akan terus dgr sbb i suka dgr jep dan rahim menceceh dan share pengalaman hidup
Quote kaedahnya 2-8-2024 08:23 PM
laa baru 46 ke angah? takpala jaga kesihatan lagi penting. umur 46 consider muda lagi. lagipun jadi DJ duit banyak juga kan, pi la makan ubat kurus ozempik ke apa tah tu untuk dapat balik berat badan ideal
Quote anarina 2-8-2024 08:28 PM
Kekdahnya. Dah tau kene kenw bgn awal, standby awal, on air awal mmg ko kene tido awal la. Ni tah2 pkl 12 tak tido lg mmg biol la otak hehari. Jenis xdisiplin nk rest n tido so susah. Org kalau dh tau itu jadual pandai2 la. Mcm yg nega sikmak hehari pepagi buta diorg ok je atur masa.
Quote noell 2-8-2024 08:30 PM
pi potong perot la angah lps tuh masuk gym haaa baru depa ada akai

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048401 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top