Pelawak dan pelakon, Shuib sekali lagi menjadi bualan netizen gara-gara satu perkongsian kisah kehidupannya di dalam sebuah podcast. Memetik Astro Gempak, perkongsian terbaru Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 40, dalam Dol's Podcast mengenai pengalaman pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus mendapat pelbagai reaksi netizen. "Sebenarnya saya banyak kali melalui keadaan yang mencemaskan sampai kesurupan dan dirasuk. "Paling teruk adalah ketika Sarah bertukar seperti harimau, gaya harimau sehingga dia jilat kaki. "Minggu pertama saya berkahwin dengan dia, tiba-tiba saya terdengar dia mendengus seperti harimau dan ia berlaku banyak kali," katanya. Dalam podcast bersama Ustaz Kazim Ilias sebagai tetamu jemputan, topik utama yang dibincangkan adalah mengenai pengalaman sihir dan santau.
Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Shuib yang didakwa sering menggunakan kisahnya bersama Allahyarham Siti Sarah terutamanya yang melibatkan perkara mistik. Kata netizen, Shuib sepatutnya mengehadkan perkongsian kerana ada kisah lampau yang sepatutnya disimpan dan dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Menerusi komen-komen di media sosial, ada netizen yang menggelarkan Shuib sebagai seorang yang dahagakan perhatian dan juga konten. Selain itu, mereka juga menasihatkan supaya Shuib berhati-hati dalam berkongsi apa jua kisah mengenai kehidupannya kerana dikhuatiri akan memberikan impak kurang baik terhadap diri pelawak itu. Antara komen yang diberikan netizen: Terdahulu, Shuib turut dikecam netizen gara-gara mendedahkan dia pernah menjadi ‘kaki judi’ walaupun katanya perkongsian itu sekadar untuk peringatan buat semua. Sumber : Astro Gempak WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
kuzaime: Dia ni asal bukak aje mulut, ibaratnya mulut tu lagi laju dari kepala otak
ADVERTISEMENT