CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Jaja Isu Cerai, Irma Hasmie Pilih Berdamai Dengan Takdir - "Saya Tak Perlu Buat Apa-Apa Kenyataan, Ia Terlalu Privasi"

1-8-2024 07:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23354| Komen: 34


Pelakon dan pengacara jelita, Irma Hasmie berkata dia enggan menjaja kisah cerainya kepada umum kerana apa saja kenyataannya bakal mengundang spekulasi.

Memetik Astro Gempak, Irma, 42, memilih untuk tidak menjaja kisah penceraiannya dan berdamai dengan takdir demi ketenangan diri dan keluarganya.

“Saya tak tahu saya patut jawab atau tidak, saya tak perlu buat apa-apa kenyataan, ia terlalu privasi dan orang luar sana pun memahami.

“Sebenarnya apa yang saya jawab, orang masih buat spekulasi, lebih baik saya ambil pendekatan diam dari berkata apa-apa.

“Biarpun kita cakap perkara yang betul pun, orang tetap komen, walaupun perkara itu betul atau tidak, ia tetap akan ada komen dan pandangan orang,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perceraian yang dikongsikan oleh sahabat baiknya, Reen Emran di Insta Story, Irma berkata perkara yang berlaku itu diluar kawalannya.


“Jadi begitulah kadang-kadang kawan sendiri pun saya tak dapat nak kawal. Itu saja yang berlaku. Jadi mungkin mereka rasa mereka jalankan tanggungjawab sebagai sahabat.

“Dia tak ada isu saya ada kekuatan atau sebagainya, tidak. Saya tetap dengan pendirian dan cara saya yang memudahkan diri saya dan keluarga. Saya cuba buat perkara itu seringkas yang boleh dan tak memudaratkan sesiapa,” katanya.




Dalam pada itu, Irma berkata dua anaknya iaitu Syed Irfha,11, dan Nur Naylie,10, kini berada di bawah jagaannya.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syed Irfha dan Nur Naylie.

Sumber : Astro Gempak







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 1-8-2024 07:55 AM
Elok je cara irma ni menjawab. Moga jumpa jodoh yang lebih baik.
Quote noor2 1-8-2024 07:56 AM
Bagusnya dia ni.....moga yg terbaik untuk Irma...
Quote chandrahusin 1-8-2024 08:12 AM
betul pun
you dont owe to explain anything to anyone
bila diam lama2 org pun syp
nnt byk bercakap
lama2 org pun meluat
Quote sukacactus 1-8-2024 08:18 AM
Dah tau dia cerai tu cukup la
Kita ni sapa pun dgn dia nak ambik tau lebih2
Quote Kekunci_Hitam 1-8-2024 08:21 AM
Bagus dia ni... harap satu pasangan influencer tu dpt tgk contoh diaorg ni.. dah bpisah tu move on je lah dgn life masing2
Quote BoongaKertas 1-8-2024 08:30 AM
org mcm ni deserves doa yg baik2 utk dipertemukan dgn kebahagiaan dia plak pasni. moga dpt psgn yg dpt menjaga sheols di dunia akhirat.
Quote annadonna 1-8-2024 08:38 AM
Bagus jawapannya
Quote awex^returns 1-8-2024 08:43 AM
jawapan orang berakal dan baik
tak yah panjang²kan
semoga Irma bertemu dengan jodoh yang lebih baik dan bahagia sampai Syurga
Quote cik_ingeniare 1-8-2024 09:07 AM
Semoga yang baik baik buat irma tak perlu pun create controversy semata nak tunjukkan kita tak bersalah.. tenang tenang aje move on
Quote kucingitam 1-8-2024 09:47 AM
semoga yang baik2 utk irma
Quote TabletSusu 1-8-2024 09:53 AM
bagus irma ni. kenyataan paling selamat dari dia. Dia yang hadap semuanya kan, dia nak hidup tenang n aman.
Quote Dysania@72 1-8-2024 09:59 AM
semoga Irma diberi ketenangan dan kebahagiaan hakiki...gitu aku doakan dia walaupun aku tak kenal dia personally. tapi sebab dia berdamai dengan takdir dan memilih hidup tenang, akak doakan irma dapat jodoh terbaik dunia akhirat.
Quote HelgaPataki 1-8-2024 10:05 AM
Yang penting sahkan status perkahwinan je, takyah cerita kisah sebaliknya pun takpe. Kalau terlalu sembunyi, takut2 ke depan kang ada perbuatan kita yg boleh jadi jatuh fitnah, itu aje. Anyway, semoga terus hidup aman dan bahagia.
Quote Incanto 1-8-2024 10:06 AM
sgt respek Irma

semoga di permudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat
Quote Incanto 1-8-2024 10:06 AM
sangat respek Irma

semoga berjaya dunia akhirat dan di permudahkan segala urusan
Quote mizruncing 1-8-2024 10:14 AM
bercerai tu ok lagi.. tp tak boleh terima laki dia kawen lagi. apa yg x ckup lagi hahhh
Quote vanillaninja 1-8-2024 10:14 AM
Semoga sheols jumpa jodoh yang baik lepas ni, insyaallah.
Quote cmf_blanco 1-8-2024 10:54 AM
Alhamdulillah..bagus lah tu..
Contoh gini yang baik untuk diikuti..
Walaupun dia merana dalam perkahwinan dulu tapi dia tak bagi tau apa-apa pun pasal ex dia kat media..
Dia tak minta simpati..
Bukan macam sesetengah pompuan, semua dimuntahkan sampai ex tu dicop jahat sejahat alam..
Irma bijak dan berilmu..
Semoga dipermudahkan kehidupan Irma..
Dan dipertemukan jodoh yang terbaik untuk dunia dan akhirat..
Quote manehnya 1-8-2024 11:10 AM
kuatnya she..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.076859 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top