CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Erdogan kutuk keras pembunuhan khianat terhadap Ismail Haniyeh

31-7-2024 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36668| Komen: 1


KUALA LUMPUR: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengutuk sekeras-kerasnya “pembunuhan khianat” terhadap Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.

Dalam hantaran di platform X, Erdogan menyifatkan pembunuhan itu sebagai “tindakan keji yang bertujuan mengganggu perjuangan Palestin, penentangan mulia Gaza dan perjuangan saudara Palestin kita serta melemahkan semangat dan menakut-nakutkan rakyat Palestin.”

Menurut beliau tujuan pembunuhan terhadap Ismail Haniyeh adalah sama dengan tujuan serangan keji terhadap Sheikh Ahmed Yasin, Abdul Aziz Al Rantisi dan banyak lagi tokoh politik Gaza yang lain.

“Namun kekejaman Zionis tidak akan dapat mencapai matlamatnya seperti yang telah dilakukan setakat ini,” katanya.

Erdogan menyuarakan harapannya bahawa “dengan pendirian yang lebih kukuh dari dunia Islam dan pakatan kemanusiaan, keganasan yang ditimbulkan oleh Israel ke atas geografi kita, khususnya penindasan dan genosid di Gaza, pasti akan berakhir dan rantau kita serta dunia kita akan menemui keamanan.”


Atas sebab ini, Presiden berikrar bahawa Turkiye “akan terus mencuba segala cara, menolak semua pintu dan menyokong saudara Palestin kita dengan segala kemampuan dan kekuatan kami.

“Kami akan terus berusaha untuk penubuhan Negara Palestin yang bebas, berdaulat dan merdeka, berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.”

Kementerian Luar Negeri Iran pada Rabu mengesahkan kematian Ismail Haniyeh, Ketua Kumpulan Hamas, dengan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan.


Sumber : Buletin TV3


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 7-8-2024 11:49 PM
gitcheww

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.081706 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top